18.5.2020-7

𝐏𝐞𝐫𝐥𝐢𝐧𝐝𝐮𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐂𝐎𝐕𝐈𝐃-𝟏𝟗 𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐌𝐲𝐒𝐚𝐥𝐚𝐦

Skim Perlindungan Masyarakat mySalam adalah inisiatif kerajaan yang bertujuan untuk menyediakan perlindungan 𝐓𝐚𝐤𝐚𝐟𝐮𝐥 𝐤𝐞𝐬𝐢𝐡𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐫𝐜𝐮𝐦𝐚 kepada 8 juta rakyat Malaysia.

Beberapa maklumat yang anda perlu tahu mengenai mySalam:

-Tiada Pendaftaran Diperlukan – Semua penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) , berumur diantara 18 ke 65 tahun boleh melayari portal rasmi mySalam di www.mysalam.com.my untuk semak status kelayakan mereka.

-Semua tuntutan dilakukan secara dalam talian.

-Pembayaran untuk tuntutan yang berjaya akan dikreditkan ke akaun penerima secara terus.

-Perlindungan untuk COVID-19 merangkumi kes pesakit yang positif dan kes pesakit di bawah siasatan (PUI) – dengan surat pengesahan dari KKM sebagai dokumen sokongan.

-Tuntutan sebanyak RM50/sehari sehingga 14 hari setahun

-

Ahli layak membuat tuntutan pengantian pendapatan satu kali pembayaran sekiranya mereka didiagnosis dengan salah satu daripada 45 Penyakit Kritikal, seperti yang disenaraikan di portal.

Berikutan penularan virus COVID-19, manfaat ini telah dipanjangkan untuk ahli mySalam yang dijangkiti virus ini.

Berikut merupakan proses mudah untuk melakukan tuntutan COVID-19:

1. Log masuk ke profil mySalam anda > klik "Tuntutan" > "Penyerahan Tuntutan"

2. Klik "Tuntutan Hospitalisasi" bagi:
i) Pesakit Positif COVID-19
ii) Disyaki COVID-19 dan dikuarantin di pusat Kuarantin KKM
iii) Disyaki COVID-19 dan diarahkan KKM kuarantin di kediaman

3. Isikan Butiran
i) Tarikh masuk wad/mula kuarantin
ii) Tarikh keluar wad/tamat kuarantin
iii) Nama hospital/premis kuarantin (bukan hospital)

4. Muat Naik Dokumen & Klik "Lampirkan"
i) KP depan & belakang
ii) Nota discaj (kemasukan wad sahaja)
@
iii) Surat Perintah Kuarantin KKM (kes kuarantin sahaja)

5. Klik "Hantar" & "Saya Setuju" dan permohonan anda akan diproses

6. Status tuntutan akan dikemaskini secara automatik setelah disemak oleh penilai mySalam. Anda boleh menyemak status tuntutan dengan hanya klik pada "Status Tuntutan"

Wang tuntutan akan dikreditkan secara terus ke akaun bank anda dalam tempoh 10 hari waktu bekerja dan anda akan dimaklumkan melalui SMS.

Sila layari https://www.mysalam.com.my/b40/info/ untuk maklumat terkini mengenai mySalam

www.mysalam.com.my
mySalam Skim Perlindungan Masyarakat
Kerajaan ingin menyediakan sebuah skim pelindungan kesihatan sosial untuk membantu golongan miskin.

#MySalam #Covi19 #KitaJagaKita

(Sumber:https://www.facebook.com/japenselangor1)