1.-31mei

Jangan ambil mudah penurunan kes, gelombang kedua mungkin berlaku. Trend penurunan ini adalah sejajar dengan unjuran KKM hasil tindakan kesihatan awam yang dilaksanakan sejak SEBULAN LALU ketika dalam tempoh PKP dan PKPB. Penurunan ini juga hasil pematuhan orang ramai terhadap norma-norma baharu dan SOP yang dikeluarkan untuk pelbagai sektor dan industri. 

Sebanyak 18,303 kenderaan yang ditahan dan diarah berpatah balik kerana cuba rentas negeri untuk balik kampung antara 16 Mei - 27 Mei 2020. Sekiranya masyarakat leka, tidak patuh dan ingkar kepada SOP yang ditetapkan, KKM menjangkakan akan berlakunya peningkatan kes COVID-19 yang mendadak yang seterusnya boleh mengakibatkan gelombang yang baharu bagi wabak COVID-19 di negara kita.

#COVID19 #StayAtHome #MovementControlOrder #PerintahKawalanPergerakan #KitaMestiMenang

(Sumber: https://www.facebook.com/kementeriankesihatanmalaysia/)