Rekod kes baru pada hari ini hanyalah 2 sahaja dan jumlah keseluruhan kes untuk Selangor adalah 1,612. Tahniah dan syabas Selangor!
Pada hari ini, Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat Diubahsuai (PKPBD) di Selangor diberi sedikit lagi kelonggaran atau naik taraf bagi sebahagian aktiviti yang telah dibenarkan sebelum ini. Namun setiap warga Selangor wajib mengamalkan penjarakkan sosial, menjaga kebersihan dan memakai face mask sepanjang tempoh ini juga. Juga gunakan SELangkah setiap kali anda masuk ke premis perniagaan.
#COVID19 #KitaTeguhKitaMenang #sihatmilikku #walkthetalk
(Sumber:Selangor Task Force Covid-19)
Status kes aktif dan kumulatif COVID-19 Selangor mengikut mukim di daerah sehingga 13 Mei 2020. Kes baharu melibatkan 2 kes tempatan dan tiada kes import direkodkan.
Nota: Perubahan data bagi mukim yang bertanda * adalah disebabkan oleh penambahan kes baru atau pindahan kes atau kedua-duanya sekali. Kes Luar Negara/import tidak dimasukkan di dalam data mengikut daerah dan mukim. Formula kiraan kes aktif : (Kes Kumulatif - Kes Sembuh - Kematian - Kes Luar Negara = KES AKTIF)
#COVID19 #KitaTeguhKitaMenang #sihatmilikku #walkthetalk
(Sumber:https://www.facebook.com/jknselangor/)
Sayangi anak dan keluarga kita. Sayangi masyarakat, negeri dan negara kita. Patuhi arahan dan SOP PKPB untuk kesejahteraan kita semua.
#DudukRumah #KerapCuciTangan #AmalkanJarak1Meter #BreakTheChain #JaPenSelangor
(Sumber:https://web.facebook.com/japenselangor1)
Ringkasan Kes COVID-19 pada 13 MEI 2020
Kes baharu dilaporkan: 37 (Termasuk 4 kes import pada hari ini)
Jumlah keseluruhan kes dilaporkan di Malaysia: 6,779
Kes sembuh: 58
Jumlah keseluruhan kes sembuh: 5,281
Jumlah keseluruhan kes di ICU: 16 (Seramai 4 orang memerlukan bantuan alat pernafasan)
Kematian: 2
Jumlah keseluruhan kematian: 111
Nasihat berkaitan COVID-19
- Patuh kepada PKPB
- Elakkan keluar dari rumah, kecuali untuk urusan-urusan yang penting sahaja
- Mengamalkan tahap kebersihan yang optimum pada setiap masa
- Mengamalkan jarak sosial selamat (social distancing)
- Elakkan amalan kunjung-mengunjung, termasuk pada musim perayaan
#Stayathome #Staysafe #covid19
(Sumber:https://t.me/cprckkm)
Jangan bersedih kerana tidak dapat pulang ke kampung untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama keluarga.
Ingat!
-Syukur kerana dapat menyumbang dalam memutuskan rantaian jangkitan COVID-19
-Sedia untuk menempuh norma baharu. Berhubunglah dengan keluarga tersayang di kampung secara virtual/maya.
-Selamat. Rumah saya adalah tempat yang paling selamat. Terus kekal duduk di rumah.
#COVID19 #KitaTeguhKitaMenang #sihatmilikku #walkthetalk
(Sumber:https://t.me/sihatmilikbersama)