1.-12april

#StayAtHome #StaySafe #Covid19

(sumber:https://t.me/MKNRasmi)

 

92369519 3138266422850851 5064307328690421760 n

Anda harus ingat bahawa COVID-19 boleh menawan sesiapa sahaja tanpa megenal kedudukan, agama mahu pun bangsa. Sekiranya anda lalai dan leka, tidak mustahil anda mangsa yang seterusnya. Patuhi Perintah Kawalan Pergerakan dan menjaga kebersihan diri.

#StayAtHome #StaySafe #Covid19

(sumber : Kementerian Pertahanan Malaysia)


 

69

Elakkan jadi mangsa berita palsu. Tidak Pasti Jangan Kongsi.

#COVID19 #DudukRumah #StayHome #Staysafe

(sumber:Jabatan Penerangan Malaysia)


 

71

Senarai sektor pengilangan dan perkhidmatan yang dibenarkan:

1. Industri Aeroangkasa
2. Industri Automotif
(terhad kepada eksport unit siap pasang sepenuhnya – CBU, peralatan dan komponen, serta perkhidmatan selepas jualan contohnya penyelenggaraan).
3. Industri Mesin dan peralatan.
4. Projek-projek pembinaan, termasuk industri simen; besi dan keluli.
(i) Projek di mana Kontraktor G1–G2 sebagai kontraktor utama
(ii) Projek yang telah disahkan mencapai kemajuan fizikal 90% ke atas
(iii) Kerja-kerja terowong
(iv) Kerja-kerja penyelenggaraan
(v) Kerja-kerja cerun
(vi) Kerja-kerja kecemasan yang termaktub dalam perjanjian kontrak
(vii) Kerja-kerja penyelenggaraan, pembersihan dan pengeringan air bertakung, penyemburan racun serangga di tapak bina bagi mengelakkan pembiakan nyamuk Aedes dan lain-lain haiwan perosak
(viii) Kerja-kerja lain yang jika tidak disempurnakan boleh mendatangkan bahaya
(ix) Projek bangunan dengan 70 IBS score ke atas
(x) Projek pembinaan dengan fasiliti/ kemudahan tempat tinggal untuk pekerja seperti Kuarters Pekerja Berpusat atau kem pekerja
5. Perkhidmatan sains, profesional dan teknikal termasuk penyelidikan dan pembangunan (R&D) hanya terhad kepada:
- perkhidmatan berkaitan guaman;
- aktiviti-aktviti R&D berkaitan COVID19;
- makmal-makmal ujian (Lab testings) bagi sektor-sektor yang dibenarkan beroperasi sahaja; dan
- perkhidmatan berkaitan minyak & gas.
6. Perkhidmatan kesihatan sosial termasuk perubatan tradisional yang berdaftar (hanya terhad kepada registered Traditional and Complementary Medicine or TCM practitioners)
7. Perkhidmatan kedai hardware, kedai barangan elektrik dan elektronik dan kedai cermin mata sahaja dalam pemborongan dan peruncitan.
8. Perkhidmatan gunting rambut asas (gunting sahaja).
9. Perkhidmatan dobi (full service dan bukan layan diri)

(Sumber:https://web.facebook.com/astroawani)


 

68

Kekal duduk di rumah bersama keluarga.
Patuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan putuskan rangkaian jangkitan COVID-19.

#COVID19 #DudukRumah #MCMC #PerintahKawalanPergerakan #StaySafeAtHome #SayangiMalaysia #Kitajagakita

(sumber : Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia)