Tarikh   4 Mei 2024, Sabtu
 Masa   3 Petang - 4 Petang
 Lokasi  NADi Kg Baru Nelayan
 Peserta  8 Peserta

 

Tujuan

Kelas ini bertujuan untuk memberikan pengetahuan dan kemahiran kepada pelajar tentang langkah-langkah asas untuk menjaga komputer secara efisien. Kemudian, memperkenalkan kepada pelajar langkah-langkah asas dalam menjaga kebersihan fizikal komputer, termasuk membersihkan kotoran dan debu, serta menjaga kawasan kerja yang bersih serta membekalkan pelajar dengan pengetahuan asas dalam menjaga prestasi perisian komputer, termasuk memastikan sistem operasi dan aplikasi sentiasa dikemaskini dan diselenggara dengan betul

 

Aktiviti

Petugas menerangkan tujuan pembelajaran kepada peserta yang hadir

- Petugas menerangkan kepentingan menjaga keselamatan dan kebersihan komputer termasuk perkakasannya dengan baik 

- Petugas memberi penerangan  langkah-langkah asas dalam menjaga kebersihan fizikal komputer, termasuk membersihkan kotoran dan debu pada komputer.

- Petugas memperkenalkan contoh perkakasan dan perisian dan fungsinya

- Mengadakan soal jawab untuk menguji pemahaman peserta

 

Gambar disini