Tarikh | 05 Januari 2019 ( Sabtu ) |
Masa | 2.30 Petang - 5.00 Petang |
Lokasi | PI Kampung Baru Nelayan |
Peserta | 7 Peserta |
Tujuan
Aktiviti dan latihan Microsoft Excel ini diadakan bertujuan untuk memperkenalkan kaedah pengiraan yang digunakan didalam microsoft excel. Selain itu , peserta juga didedahkan beberapa formula yang biasa digunakan untuk membuat pengiraan didalam microsoft excel. Dengan adanya formula ini , segala pekerjaan yang dibuat oleh peserta akan menjadi mudah.
Aktiviti
Peserta diterangkan oleh pengajar maksud microsoft excel ini serta diberitahu tentang fungsi fungsi kegunaannya. Peserta juga diberi penerangan tentang formula formula yang biasa digunakan didalam microsoft excel untuk membuat pengiraan . Peserta diberi latihan dengan memasukkan maklumat tentang " Mobile legends " kedalam sheet excel serta membuat pengiraan mengunakan formula .