Tarikh | 13 Januari 2019 ( Ahad ) |
Masa | 2.30 Petang - 5.00 Petang |
Lokasi | PI Kampung Baru Nelayan |
Peserta | 8 Peserta |
Tujuan
Kelas dan latihan multimedia mencipta logo ini dilakukan bertujuan untuk mencungkil bakat kreativiti peserta dalam ilmu multimedia di kalangan komuniti. Dengan adanya kelas ini, dapat melahirkan komuniti yang kreatif dari segi mencipta sesuatu logo.
Aktiviti
Pengajar menerangkan apa itu logo kepada peserta , kegunaan logo , fungsi dan ciri-ciri yang ada perlu pada setiap logo. Pengajar menggunakan aplikasi online iaitu Canva untuk mengajar peserta mencipta logo. Sebelum memulakan pelajaran, pengajar menerangkan kelebihan edit atau mencipta logo melalui canva. Peserta diberi latihan untuk mencipta logo mengikut kreativiti peserta.