238317024 4075910582530771 2560178291223881391 n

Permohonan kemasukan ke MRSM bagi tingkatan 1 dan 4 2022 kini telah dibuka!

MARA mempelawa calon-calon yang memiliki sahsiah terpuji, jati diri yang tinggi dan cemerlang dalam akademik serta aktif dalam aktiviti kokurikulum untuk mengikuti Sistem Pendidikan Maktab Rendah Sains MARA (SPMRSM) yang menawarkan program-program berteraskan kurikulum kebangsaan dan antarabangsa.
Pelajar, ibu bapa, dan penjaga boleh membuat permohonan secara dalam talian bermula 29 Ogos 2021 hingga 5 November 2021.

Sila klik pautan permohonan >> https://mrsm.mara.gov.my/mymrsm/
NOTA: Pautan permohonan mula dibuka jam 10.00 pagi.

Bagi mengetahui maklumat lanjut mengenai SPMRSM, syarat kemasukan, program bantuan dan kebajikan MRSM, serta Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM) sila klik pautan >> https://anyflip.com/vfdpd/wxnf/

Sumber : MAJLIS AMANAH RAKYAT

 


 

upu

Fasa Pengemaskinian Permohonan UPUOnline Ke Universiti Awam (UA), Politeknik, Kolej Komuniti (KK) Dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) Program Pengajian Lepasan SPM Sesi Akademik 2021 / 2022

Sumber : https://web.facebook.com/MOHEOfficial

 


 

215147571 4365927736779188 2281355985885628222 n

Pengambilan khas calon guru bagi Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Fasa 2 dan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Lepasan SPM yang mempunyai Sijil Menengah Agama (SMA) Atau Sijil Menengah Ugama (SMU) dan Sijil Unified Examination Certificate Unified (UEC) bagi tahun 2021.Permohonan bagi program tersebut bermula pada 16 Julai 2021 (Jumaat) dan pemohon boleh layari laman sesawang https://pismp.moe.gov.my untuk maklumat lanjut.

 

185716791 3877790705653233 1371456184543302400 n

[Pemakluman] Selaras dengan pengumuman berhubung pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 yang diumumkan oleh kerajaan, berkuatkuasa pada 25 Mei 2021 sehingga 7 Jun 2021, segala urusan pengesahan dokumen akademik Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) di Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) perlu dilakukan melalui sesi janji temu. Oleh itu, permohonan janji temu bagi urusan ini boleh dibuat di https://bit.ly/attest2KPT .
Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan dengan menghubungi talian 03 8000 8000 (ext 4826) atau 03 8000 8000 (ext 6557).