1. Komited terhadap media sosial – sediakan jadual, sentiasa merancang dan mengatur strategi untuk komunikasi mengenai produk dan servis anda dengan jelas di media sosial.
2. Pamerkan keperibadian anda – cuba fikirkan jenama yang anda ikuti di media sosial. Mereka pasti bukan sekadar robot jenama yang mengeluarkan kandungan. Kehadiran anda yang autentik di media sosial menjadikan pelanggan merasa lebih dekat dan dapat berkongsi pandangan mengenai pengalaman mereka.
3. Dengar pandangan daripada pelanggan dan jangan sekadar mempromosi barangan anda – media sosial menawarkan platform maya yang menyeluruh. Oleh itu, gunakan ia untuk berinteraksi secara efektif.
Sumber : https://www.facebook.com/OfficialMEDACMalaysia