201405002 4124282097659162 6135437333945779763 n

Program Bimbingan Usahawan 2021 (PBU21) siri ke-4 akan diadakan pada 29 Jun 2021 (Selasa) bermula jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengah hari.

Program ini bermatlamat untuk memberikan pendedahan mengenai amalan perniagaan untuk membantu kumpulan sasaran meningkatkan taraf ekonomi kendiri melalui serta peluang mendaftarkan perniagaan secara percuma di bawah Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP).

Peserta akan diberikan pendedahan mengenai:
1. Keperluan & faedah mendaftarkan perniagaan;
2. Strategi pengurusan perniagaan & kewangan; dan
3. Pemasaran digital
Penyertaan percuma dan tempat adalah terhad.
*Sijil penyertaan turut diberikan kepada peserta

Sumber : https://www.facebook.com/ssmofficialpage