Pelajari Asas Komputer Dan Internet

Nama     : Basiran Bin Sojo
Umur  : 63 Tahun
Ahli   : 2019

 

Latar belakang

En Basiran Bin Sojo berusia 63 tahun,merupakan ahli Pusat Internet yang berdaftar pada tahun 2019. Beliau juga merupakan seorang pesara polis yang menetap di Taman Seri Indah, Sungai Besar. Kediaman En Basiran dengan Pusat Internet Komuniti Kg Baru Nelayan hanya mengambil masa 3 minit sahaja untuk ke Pusat Internet Komuniti.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penggunaan ICT, En Basiran sering mengisi masa lapangnya dirumah ataupun bersama persatuan pesara serta sering mengayuh basikal sendirian di sekitar taman sahaja. Beliau hanya pandai menggunakan komputer tetapi tidak mempunyai ilmu pengetahuan yang mendalam seperti edit gambar secara online, pengiraan menggunakan microsoft excel dan lain-lain lagi.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas mendaftar sebagai ahli Pusat Internet, En Basiran akan hadir ke Pusat Internet untuk mengikuti kelas yang dianjurkan oleh petugas. Selain itu, beliau sering bertanya kepada petugas mengenai ketidakfahaman dalam sesuatu kerja yang melibatkan penggunaan komputer. Selepas penglibatan beliau dalam Pusat Internet Komuniti ini banyak dapat membantu diri beliau untuk aktif di dalam kumpulan pesara dan persatuan yang beliau menyertai dan dapat membuat kerja-kerja menggunakan komputer dengan mudah dan pantas.