Pelajari Asas Komputer Dan Internet

Nama     : Muhamad Syazwan Hilmi Bin Mohd Yusof
Umur  : 12 Tahun
Ahli   : 2019

 

Latar belakang

Muhamad Syazwan berusia 8 tahun sewaktu berdaftar sebagai ahli PEDi Kg Baru Nelayan pada tahun 2019. Beliau menetap di Kg Baru Nelayan, Sungai Besar. Oleh kerana faktor rumah berdekatan dengan PEDi, Syazwan sering meluangkan masa hujung minggunya di PEDi Kg Baru Nelayan untuk melayari internet.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penggunaan ICT, Syazwan sering menghabiskan masa hujung minggunya di rumah. Beliau juga banyak menghabiskan masanya dengan bermain bersama kawan-kawannya yang tinggal berdekatan rumahnya.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas mendaftar sebagai ahli PEDi, Syazwan sering mengikuti kelas yang dianjurkan pada hujung minggu. Beliau juga rajin dan tekun dalam mempelajari e-pembelajaran yang diajar petugas PEDi Kg Baru Nelayan. Selain itu, beliau bijak dalam menjawab soalan quiz advokasi klik dengan bijak kerana sering mengikuti bengkel tersebut. Selain itu, Syazwan juga aktif menyertai program-program yang dianjurkan PEDi Kg Baru Nelayan.