Usahawan : Perniagaan katering dan sewa kanopi 

Nama  : Pn Nor Hasmah Binti Zainal Abidin
Umur  : 36 Tahun
Ahli   : 2019 

 

Latar Belakang 

Pn Hasmah merupakan usahawan yang mengusahakan perniagaan makanan katering. Beliau juga berniaga air batu campur di hadapan rumah beliau.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penglibatan dengan Pusat Internet Kampung Baru Nelayan, beliau hanya berniaga di gerai beliau dan mendapat tempahan makanan daripada jiran-jiran dan kenalan rapat sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas penglibatan diri di Pusat Internet Kg Baru Nelayan, Puan Hasmah sudah pandai menggunakan aplikasi di komputer. Beliau juga mahir memasarkan produk makanan katering yang diusahakannya di laman social facebook. Beliau juga terlibat dalam program Lestari ICT dan Cakna Kesihatan Pusat Internet Kampung Baru Nelayan dalam menyediakan makanan tetamu jemputan dan pengunjung yang hadir. 

 

kak-as-1  kak-as