Usahawan : DJ Radio Dan DJ Program

Nama  : En Rosli Bin Abdullah
Umur  : 52 Tahun
Ahli   : 2019 

 

Latar Belakang 

Encik Rosli merupakan ahli Pusat Internet Kg Baru Nelayan yang bekerja sebagai perkhidmatan awam di Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah Sabak Bernam. Beliau mempunyai minat sebagai DJ Radio dan akhirnya memilih minat itu untuk menjadi pendapatan sampingan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penglibatan dengan Pusat Internet Kg Baru Nelayan, beliau membuat siaran radio di facebook secara live dan menjadi DJ Radio ketika majlis kenduri. Walaupun beliau mahir menggunakan facebook, beliau lemah dalam asas penggunaan komputer.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas penglibatan diri di Pusat Internet Kg Baru Nelayan, Beliau sudah mahir menggunakan aplikasi asas komputer terutamanya Microsoft word. Beliau juga sudah mahir dalam membuat live di Youtube untuk menambahkan follower dan subscriber

 2  2