BELAJAR INTERNET DAN MENAIP 

Nama      : Zuliya Fazira Binti Zahrul Fahmi
Umur : 12 Tahun
Ahli : 2018

  

Latar belakang

Adik Zuliya merupakan pelajar sekolah rendah di Sekolah Kebangsaan Seri Utama . Beliau merupakan anak sulung kepada 4 orang adik beradik dan menetapkan di kawasan berdekatan dengan Pusat Internet Kampung Baru Nelayan. Pada waktu terluang beliau akan ke Pusat Internet untuk mengikuti kelas dan latihan yang disediakan .

Sebelum penggunaan ICT / penglibatan PI

Sebelum penglibatannya di Pusat Internet, Adik Zuliya tidak mempunyai sebarang asas pengetahuan komputar. Untuk mencari maklumat dibantu oleh petugas Pusat Internet. Beliau juga tidak mahir menaip dengan cekap dan tidak mahir menggunakan peralatan ICT seperti tikus kekunci dan menekan keyboard dengan betul.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah melalui beberapa kelas dan latihan ICT di Pusat Internet Kampung Baru Nelayan, adik Zuliya sudah dapat mengetahui teknik asas menggunakan perkakasan komputer , menggunakan teknologi google chrome untuk mencari maklumat dan perisian seperti Microsoft Word. Beliau juga telah mahir menaip dengan cekap .

6  5