Kampung Baru Nelayan ini terletak hanya kira-kira 1/2 batu dari pekan Sungai Besar iaitu pusat pentadbiran bagi Daerah Sabak Bernam. Di utaranya ialah Kg Sg Lias Baroh , di selatannya Bagan Cina Sungai Besar, di timurnya pula ialah kawasan perumahan PKNS Peringkat 3 dan di baratnya ialah Laut Selat Melaka. Luas kampung ini ialah kira-kira 3.4 batu persegi.

Kampung Baru Nelayan ini muncul sebagai sebuah perkampungan melayu iaitu pada 4.4.1981.Pada awalnya penduduk yang menetap di situ ialah 11 rumah sahaja. Pada Permulaanya kampung ini ialah sebuah kawasan revolusi hijau yang diperkenalkan oleh kerajaan pada tahun 1975, penempatan penduduk di sini ialah ekoran daripada keputusan yang telah diambil oleh UMNO Cawangan Panchang Bedena dengan Persatuan Kampung Nelayan Kawasan Sungai Besar berserta Wakil Rakyat dan Ketua Kampung Sungai Besar ketika itu, untuk menempatkan 74 orang ahli Persatuan Nelayan Sungai Besar yang pada masa itu terpaksa menumpang atau menyewa tanah orang lain untuk mendirikan rumah. Pada hari ini ada 283 buah rumah di kampung ini dengan penduduknya kira - kira 1450 orang.

Pada hari ini, pada amnya Kampung Baru Nelayan telah menerima kemudahan-kemudahan asas seperti bekalan air paip, elektrik dan jalan jalan tar di setiap lorong dari Lorong 1 sehingga Lorong 13

 

PETA NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN