2

Bayaran akhir STR 2024 bermula esok, 7 November 2024 secara berperingkat kepada 8.7 juta penerima.

Kerajaan juga akan menyalurkan bantuan tunai tambahan 'one-off' SARA kepada 8 juta penerima STR yang bukan daripada kumpulan miskin dan miskin tegar mengikut kaedah pembayaran STR mulai 9 Disember 2024 (Isnin) secara berperingkat.

Manakala baki 700,000 penerima STR daripada kumpulan miskin dan miskin tegar akan terus menerima manfaat bantuan SARA sepanjang tahun.

Untuk maklumat lanjut, layari pautan https://bantuantunai.hasil.gov.my dan semakan status pembayaran dan kelulusan STR boleh dibuat melalui pautan yang sama.

#Belanjawan2024 #EkonomiMADANI

 

Sumber : Facebook Kementerian Kewangan