Jeti Pengkalan Kampung Baru Nelayan

Tempat Nelayan memunggah hasil tangkapan laut untuk diniagakan mahupun untuk keluarga. Kebiasannya nelayan memunggah hasil laut pada waktu pagi antara pukul 8pagi - 12tengahari. Hasil laut yang biasa di bawak oleh nelayan adalah ikan,udang dan kerang. 

     IMG 0762

 

Picture1 2

Mini Muzium Wak Surgi adalah milik hak persendirian Encik Surgi Bin Gharib , beliau merupakan seorang pesara kerajaan di Pejabat Tanah Daerah Sabak Bernam. Muzium ini dibina di kawasan rumah beliau di Taman Setia Jaya , Sungai Besar . Rumah ini tidak lagi didiami oleh Wak Surgi tetapi ia dibuka untuk pengunjung dan orang ramai .

Wak surgi sangat berminat mengumpul barang - barang lama dan antik , disebabkan minat beliau mengambil keputusan untuk mewujudkan mini muzium untuk berkongsi minat dan menjadikan ia sebagai tempat menarik untuk dikunjungi serta tempat untuk tatapan dan kaji selidik untuk pelajar sekolah , orang awam dan generasi akan datang .

Barang Pameran yang berada di muzium Wak Surgi :

wak surgi

ALAMAT : Mini Muzium Wak Surgi , No 2174 Lorong Seluang , Taman Setia Jaya , Sungai Besar , Selangor

NO TELEFON : 03- 3224 3233 / 013 -2633 732

EMAIL : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

( sumber : minimuziumwaksurgi.blogspot.com )