Jika anda mencari tempat sarapan pagi yang luar biasa dengan hidangan istimewa, datanglah ke Kedai Sarapan Pagi Meja Batu. Nikmati hidangan istimewa yang pasti memuaskan selera anda. Dari Roti Canai Kari Kambing yang lembut dengan kuah kari yang kaya rasa hingga Nasi Lemak Kukus dengan pelbagai pilihan lauk. Terdapat juga pelbagai menu menarik lain seperti roti canai & cheese, Menu Baru seperti Roti Canai Nutella & Roti Pisang Nutella serta Pelbagai Jenis Kuih Muih Manis.

NAMA    : Sarapan Pagi Meja Batu

LOKASI : 6663, Jalan Panchang Bedena, Taman Makmur, 45300 Sungai Besar, Selangor

               https://maps.app.goo.gl/hzo9Sii3x1VPrkzJ9 (Sarapan pagi meja batu)

WAKTU OPERASI : Setiap hari (khamis & jumaat tutup) , 7 am – 1 pm

NO TELEFON   : 017 – 5661761


 

Nikmatilah pengalaman unik "Masakan Vintage & Moden" yang menggabungkan citarasa tradisional dan moden di Mai Kopitiam Sg Besar. Terdapat pelbagai menu sarapan yang menarik seperti Ubi rebus lembut bersama kelapa manis dan ikan masin yang membangkit selera. Punten, lempeng dan hidangan klasik seperti nasi lemak dan roti canai yang digabungkan dengan kari kambing. Dan jangan lepaskan peluang untuk menjamu selera dengan menu tengahari seperti hidangan nasi, mee, atau sizzling serta pelbagai lagi menu yang menarik. 
 

NAMA : Mai Kopitiam Sg Besar

ALAMAT : No 1A Wisma MAIS, Jalan Mahsuri, 45300 Sungai Besar (Berhadapan Maybank Sg Besar)

WAKTU OPERASI : Isnin - Ahad( Jumaat cuti ),7.00 Pagi - 4.00 Petang

NO TELEFON : 019-6005157

WEBSITE : Mai Kopitiam Sg Besar (Facebook)


 


Jika anda berpeluang bercuti di kawasan Sabak Bernam, jangan lupa singgah di Laman Buluh AZR untuk merasai pengalaman makan seafood dan belangkas dengan kwasan yang sangat menarik dan menenangkan. Restoran ini menyajikan masakan panas dan bakar antaranya Ikan Bakar, Belangkas, Belut,Mentarang dan pelbagai menu lain yang sangat enak. Kawasan restoran ini juga sangat menarik kerana mempunya sebuah kapal yang besar sesuai untuk pelanggan ber”ootd”. Selain itu restoran ini menyediakan khidmat sewaan gazebo untuk pengalaman makan di pondok dengan angin sepoi sepoi bahasa dan santai.

Nama                  : Laman Buluh AZR Mentarang & Belangkas (Sungai Haji Dorani)

Alamat                : Lot 186, Jalan Pekan Selasa, Sungai Haji Dorani, 45300 Sungai Besar, Selangor.

Cawangan Lain : AZR Mentarang Fresh Sekinchan (Google Maps)

No Telefon         : 017-554 4848 

Media Sosial      : AZR Mentarang Fresh Sekinchan (Facebook & Tiktok) ,

 

Sumber : Portal PEDi Kg Sg. Haji Dorani