IMG20190210152505

 

 Tarikh              10 Februari 2019 ( Ahad )
 Masa    2.30 Petang - 5.00 Petang
 Lokasi   PI Kampung Baru Nelayan
 Peserta   9 Peserta

 

Tujuan 

Tujuan dilakukan untuk memberi penerangan apa itu buli siber kepada peserta,supaya dapat memberi pencegahan awal untuk membendung gejala buli siber pada zaman sekarang kepada peserta.Dengan adanya , advokasi seperti ini, peserta dapat mengetahui cara-cara mengelakkan diri daripada menjadi mangsa buli.

Aktiviti

Petugas memberi penerangan apa itu buli siber dan ciri - ciri kepada peserta dan memberi tayangan youtube. Selain itu , peserta juga diterangkan kesan-kesan akibat gejala buli siber kepada mangsa dan pembuli. Akhir sekali , petugas dan peserta membuat soal jawab mengenai advokasi Buli Siber ini.

Gambar Disini

 

IMG20190209154536

 

 Tarikh              09 Februari 2019 ( Sabtu )
 Masa    2.30 Petang - 5.00 Petang
 Lokasi   PI Kampung Baru Nelayan
 Peserta   6 Peserta

 

Tujuan 

Tujuan kelas dan latihan 3D paint ini diadakan untuk mencungkil bakat kreativiti dalam ilmu multimedia di kalangan komuniti. Selain itu, peserta dapat mempelajari grafik 3D modal dengan mengetahui cara penggunaan dan kelebihan dari 2D model ke 3D model. Peserta juga dapat mempelajari cara export library dalam 3D paint. Dengan adanya kelas seperti ini kita dapat melahirkan komuniti yang kreatif untuk di masa hadapan.

Aktiviti 

Pengajar menerangkan berkenaan 3D paint dan kelebihan kegunaannya. Petugas juga menunjukkan contoh-contoh animasi yang menggunakan grafik 3D model . Peserta juga diajar oleh petugas cara nak export 3D model ke dalam library. Peserta diberikan latihan oleh petugas untuk menguji kelebihan yang peserta yang dipelajarinya.

Gambar Disini 

IMG 20190202 144845

 

 Tarikh              02 Februari 2019 ( Sabtu )
 Masa    2.30 Petang - 5.00 Petang
 Lokasi   PI Kampung Baru Nelayan
 Peserta   9 Peserta

 

Tujuan 

Aktiviti ini diadakan bertujuan memberi kemahiran dalam permainan online pembelajaran, selain itu ia juga bertujuan menguji minda peserta dengan susunan nombor didalam permainan online pembelajaran ini.

Aktiviti 

Peserta diberi penerangan tentang permainan online pembelajaran ini oleh pengajar dan peserta juga diberi tunjuk ajar cara permainan http://www.playdottodot.com/ . Pengajar memberi masa kepada peserta untuk menyiapkan http://www.playdottodot.com/ dalam masa yang diberi.

Gambar Disini

 

IMG 20190202 154038

 Tarikh              03 Februari 2019 ( Ahad )
 Masa    2.30 Petang - 5.00 Petang
 Lokasi   PI Kampung Baru Nelayan
 Peserta   9 Peserta

 

Tujuan 

Tujuan aktiviti ini dilakukan adalah untuk memberi pendedahan kepada peserta supaya sentiasa berhati-hati melindungi maklumat peribadi dengan selamat. Selain itu, peserta juga diberi penerangan tentang akibat memberi maklumat peribadi kepada orang yang tidak dikenali.

Aktiviti

Peserta diberi penerangan tentang program klik dengan bijak mengenai cara melindungi maklumat peribadi, membuat sesi soal jawab antara petugas dan peserta dan memberi latihan "kahoot" kepada peserta.

Gambar Disini

 

5

 

 Tarikh              19 Januari 2019 ( Sabtu )
 Masa    2.30 Petang - 5.00 Petang
 Lokasi   PI Kampung Baru Nelayan
 Peserta   8 Peserta

 

Tujuan

Kelas ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran peserta dan meningkatkan daya kreatif di kalangan Komuniti.

Aktiviti

Memberi penerangan kelebihan menghasilkan sesuatu kraf tangan serta memberi tayangan video cara untuk tutorial kraf tangan . Pengajar juga membuat demonstrasi cara buatan kraf tangan kepada peserta.

Gambar Disini