Tarikh | 23 April 2019 (Selasa ) |
Masa | 9.30 Pagi - 12.30 Tengahari |
Lokasi | PI Kampung Baru Nelayan |
Peserta | 7 Peserta |
Tujuan
Tujuan aktiviti ini dilakukan untuk memberi tunjuk ajar kepada peserta mengenai cara penggunaan Ms.Excel dgn formula yang betul dan dapat memudahkan segala kerja yang dilakukan oleh peserta.
Aktiviti
Sebelum mulakan aktiviti, petugas memberi taklimat dashboard komuniti kepada peserta. Selepas selesai taklimat dashboard. Petugas memberi penerangan tentang Ms.Excel kepada peserta dengan menunjukkan slide power point dengan memberi sedikit tips formula dalam pengiraan Ms.Excel. Petugas juga memberi soalan latihan kepada peserta untuk membantu fahaman didalam penggunaan Ms.Excel.
Tarikh | 20 April 2019 (Sabtu ) |
Masa | 2.30 Petang - 4.45 Petang |
Lokasi | PI Kampung Baru Nelayan |
Peserta | 2 Peserta |
Tujuan
Aktiviti ini dilakukan bertujuan untuk membantu dan melatih peserta yang baru sahaja ingin memulakan perniagaan. Salah satunya , adalah cara mempromosikan produk dengan pembelajaran teknik tangkap gambar produk.
Aktiviti
Peserta diberi penerangan tentang topik pembelajaran. Petugas memberi tunjuk ajar kepada peserta teknik tangkap gambar dan mengajar cara pencahayaan yang betul.Selain itu, peserta juga diminta untuk memuat turun aplikasi "snapseed" untuk mengedit gambar bertujuan membantu gambar tersebut menampakkan lebih jelas.
Tarikh | 13 April 2019 ( Sabtu ) |
Masa | 2.30 Petang - 5.00 Petang |
Lokasi | PI Kampung Baru Nelayan |
Peserta | 4 Peserta |
Tujuan
Kelas dan aktiviti tuisyen Bahasa English ini dilakukan untuk memperbaiki kemahiran peserta dalam menyebut dan mengetahui ayat dalam Bahasa English. Selain itu juga, peserta juga dapat belajar tatabahasa dan perbendaraan kata dengan cara menyeronokkan. Dengan adanya kelas Bahasa English ini peserta lebih bersedia untuk menghadapi peperiksaan sekolah
Aktiviti
Petugas memberi penerangan tentang tugas yang diberi kepada peserta tentang latihan yang diberi. Petugas menggunakan "Www.gamestolearnenglish.com" untuk latihan kepada peserta.
Tarikh | 14 April 2019 (Ahad ) |
Masa | 2.30 Petang - 5.00 Petang |
Lokasi | PI Kampung Baru Nelayan |
Peserta | 6 Peserta |
Tujuan
kelas dihadiri 6 peserta. Tujuan kelas diadakakan untuk memperkenalkan kepada peserta tentang cara menggunakkan Dashboard Komuniti. Pengenalan dalam modul Dashboard iaitu myplace, mykomuniti , myhealth , mysoal dan myshop. Memberikan tunjuk kepada pelajar cara untuk menggunakan modul dashboard.
Aktiviti
Para peserta diberikan tunjuk ajar cara menggunakkan dalam dashboard komuniti. Peserta diajar cara membuat pengemuman didalam komuniti, membuat aduan di dalam mysoal , kegunaan myskool dan myshop cara mempromosikan produk.Myplace pula untuk menandakan tempat menarik , tempat makanan dan tempat bersejarah.
Tarikh | 09 April 2019 ( Selasa ) |
Masa | 9.30 Pagi - 1.00 Tengahari |
Lokasi | PI Kampung Baru Nelayan |
Peserta | 8 Peserta |
Tujuan
Kelas dan latihan merupakan program kerjasama di antara berberapa anggota polis dari unit pentadbiran IPD Sabak Bernam. Ia dilakukan untuk memberi penerangan lebih terperinci berkaitan dan fungsi adobe photoshop serta cara penggunaan dia.
Aktiviti
Kelas ini dilakukan untuk mempelajari cara membuat kad jemputan, sebelum memulakan petugas memberi penerangan tentang "tool" yang selalu digunakan didalam adobe photoshop , mengajar cara membuat "layer" memasukkan item yang diperlukan untuk membuat kad jemputan. Selepas memberi penerangan, petugas memberi sedikit latihan kepada petugas membuat kad jemputan dengan mengikut seperti apa yang dipelajari.