4

 

 Tarikh              13 Januari 2019 ( Ahad )
 Masa    2.30 Petang - 5.00 Petang
 Lokasi   PI Kampung Baru Nelayan
 Peserta   8 Peserta

 

Tujuan

Kelas dan latihan multimedia mencipta logo ini dilakukan bertujuan untuk mencungkil bakat kreativiti peserta dalam ilmu multimedia di kalangan komuniti. Dengan adanya kelas ini, dapat melahirkan komuniti yang kreatif dari segi mencipta sesuatu logo.

Aktiviti

Pengajar menerangkan apa itu logo kepada peserta , kegunaan logo , fungsi dan ciri-ciri yang ada perlu pada setiap logo. Pengajar menggunakan aplikasi online iaitu Canva untuk mengajar peserta mencipta logo. Sebelum memulakan pelajaran, pengajar menerangkan kelebihan edit atau mencipta logo melalui canva. Peserta diberi latihan untuk mencipta logo mengikut  kreativiti peserta.

Gambar Disini

 

IMG 20190105 144900

 

 Tarikh              05 Januari 2019 ( Sabtu )
 Masa    2.30 Petang - 5.00 Petang
 Lokasi   PI Kampung Baru Nelayan
 Peserta   7 Peserta

 

Tujuan 

Aktiviti dan latihan Microsoft Excel ini diadakan bertujuan untuk memperkenalkan kaedah pengiraan yang digunakan didalam microsoft excel. Selain itu , peserta juga didedahkan beberapa formula yang biasa digunakan untuk membuat pengiraan didalam microsoft excel. Dengan adanya formula ini , segala pekerjaan yang dibuat oleh peserta akan menjadi mudah.

Aktiviti

Peserta diterangkan oleh pengajar maksud microsoft excel ini serta diberitahu tentang fungsi fungsi kegunaannya. Peserta juga diberi penerangan tentang formula formula yang biasa digunakan didalam microsoft excel untuk membuat pengiraan . Peserta diberi latihan dengan memasukkan maklumat tentang " Mobile legends " kedalam sheet excel serta membuat pengiraan mengunakan formula .

Gambar Disini


 

 

 

IMG 20181222 143715

 

 Tarikh             22 Disember 2018 (Sabtu )
 Masa    2.30 Petang - 5.00 Petang
 Lokasi   PI Kampung Baru Nelayan
 Peserta   7 Peserta

 

Tujuan 

Kelas ini dihadiri 7 Orang peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah dan komuniti setempat . Tujuan kelas ini diadakan pada hujung minggu untuk memberi ilmu pengetahuan kepada peserta tentang Etika , kebaikan dan keburukan ketika menggunakan internet. Selain itu , juga dengan adanya Advokasi Etika Melayari Internet dapat memberi kesedaran ketika melayari internet.

Aktiviti

Para peserta diberi penerangan tentang apa itu Internet dan kepentingan melayari internet. Selain itu , peserta juga diberi penerangan tentang kebaikan dan keburukan melayari internet. Peserta juga diberi tayangan video mengenai KDB Etika Melayari Internet . Selepas itu , peserta juga diberi permainan online iaitu kahoot yang berkaitan dengan KDB etika melayari internet.

Gambar Disini

 

 

IMG 20181223 150314

 

 Tarikh             23 Disember 2018 (Ahad )
 Masa    2.30 Petang - 5.00 Petang
 Lokasi   PI Kampung Baru Nelayan
 Peserta   8 Peserta

 

Tujuan 

Kelas Media Sosial ini diadakan bertujuan untuk mengajar peserta ilmu pengetahuan tentang apa itu Media Sosial. Kelebihan kelas ini , peserta dapat mengetahui tentang penggunaan media sosial dengan betul , kelebihan dan keburukan yang ada didalam media sosial. Selain itu, peserta juga diperkenalkan perniagaan yang menggunakan media sosial seperti instagram dan facebook.

Aktiviti 

Pengajar menerangkan slide mengenai media sosial antaranya pengertian , tujuan , fungsi dan jenis jenis media sosial. Tayangan video juga ditayangkan untuk menarangkan kebaikan dan keburukan media sosial. Peserta juga diberi 1jam untuk menjawab kuiz dari aplikasi "Quizizz".

Gambar Disini

 

 

 

 

WhatsApp-Image-2018-12-17-at-11.18.37-AM-2

 

 Tarikh             16 Disember 2018 ( Ahad )
 Masa    2.30 Petang - 5.30 Petang
 Lokasi   PI Kampung Baru Nelayan
 Peserta   10 Peserta

 

Tujuan

Dilakukan bertujuan memperkenalkan kelebihan dashboard myplace kepada komuniti setempat , selain itu juga peserta dapat kemaskini tempat menarik yang terdapat disekitar Pusat Internet Kampung Baru Nelayan dan tempat tempat yang berdekatan .

Aktiviti 

Pelaksaan Aktiviti memberi tayangan video Dashboard Myplace kepada peserta , petugas juga memberi penerangan tentang kebaikan fungsi dashboard kepada komuniti. Petugas juga memberi peserta latihan cara menetapkan lokasi menarik di Myplace .

Gambar Disini