Tarikh | 26 Oktober 2018 ( Jumaat ) |
Masa | 9.00 Pagi - 12.00 Tengahari |
Lokasi | SAM Parit Baru Baruh |
Peserta | 23 Peserta |
Tujuan
Resume Making ini dilakukan bertujuan persediaan awal untuk peserta memohon pekerjaan serta melatih peserta dalam penggunaan dan mengenali software canva dan publisher dan menjalinkan hubungan kerjasama antara sekolah sekolah setempat dengan pusat internet.
Aktiviti
Petugas memberi taklimat mengenai cara penghasilan resume dalam online dan peserta mengikut arahan yang diberi , resume dalam online seperti canva digunakan dalam aktiviti ini .
Tarikh | 21 Oktober 2018 ( Sabtu ) |
Masa | 9.00 Pagi - 12.00 Tengahari |
Lokasi | PI Kampung Baru Nelayan |
Peserta | 7 Peserta |
Tujuan
Untuk Memupuk Budaya positif ketika melayari Internet serta dapat memberi pendidikan berkenaan kewaspadaan ketika melayari internet dan berkongsi maklumat dan dapat menambah pengetahuan pengguna mengenai "terms" yang selalu digunakan didalam komputer .
Aktiviti
Memberi Penerangan tentang klik dengan bijak , membuat sesi soal jawab berkenaan tanggungjawab sebagai pengguna internet . Selain itu , peserta di diberi permainan dalam laman web iaitu word search online "advokasi"
Tarikh | 19 Oktober 2018 ( Jumaat ) |
Masa | 9.30 Pagi - 11.00 Tengahari |
Lokasi | PI Kampung Baru Nelayan |
Peserta | 30 Peserta |
Tujuan
Kluster Sabak Bernam telah mengadakan program Advokasi di Sekolah Kebangsaan Sungai Leman bagi tujuan untuk memberi pendedahan berkenaan perkembangan teknologi pada masa sekarang serta memupuk budaya positif semasa melayari internet . Selain itu, dapat memberi pendidikan kepada pengguna atas kewaspadaan semasa berkongsi sesuatu maklumat di laman sosial .
Aktiviti
Program diadakan dengan tayangan Slide powerpoint yang berkenaan Teknologi dan anda , serta klik dengan bijak dan permainan laman web iaitu word search
Tarikh | 20 Oktober 2018 ( Sabtu ) |
Masa | 2.30 Petang - 5.00 Petang |
Lokasi | PI Kampung Baru Nelayan |
Peserta | 7 Peserta |
Tujuan
Web Browser ini dilakukan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada peserta mengenai fungsi-fungsi Web Browser dan jenis-jenis Web Browser yang terdapat didalam Internet . Selain itu , peserta juga diberikan pendedahan cara mengunakan Web Browser untuk mencari maklumat dengan mudah.
Aktiviti
Dengan menggunakan Web Browser sedia ada , peserta diminta mencari maklumat dengan menggunakan cara yang betul tanpa menggunakan ayat singkatan.Web browser yang digunakan seperti Google Chrome dan Microsoft Edge.
Tarikh | 14 Oktober 2018 ( Ahad ) |
Masa | 2.30 Petang - 5.00 Petang |
Lokasi | PI Kampung Baru Nelayan |
Peserta | 8 Peserta |
Tujuan
Peserta daripada pelajar sekolah rendah dan belia seramai 8 peserta . Peserta diajar dan didedah mengenai tatacara pembersihan sebuah komputer yang mudah difahami serta penerangan mengenai anti virus dalam komputer .
Aktiviti
Peserta diperkenalkan jenis - jenis antivirus yang digunakan . Selain itu , peserta diperkenalkan komponen komputer yang perlu dijaga dan dibersihkan .