Tarikh | 13 November 2018 ( Selasa ) |
Masa | 10:00 Pagi - 1:00 Tengahari |
Lokasi | PI Kampung Baru Nelayan |
Peserta | 11 Peserta |
Tujuan
Bengkel E-Usahawan ini dilakukan untuk memperkenalkan PI kepada peniaga-peniaga kecil ini yang berada di Kampung Baru Nelayan. Aktiviti bengkel E-usahawan ini berkerjasama dengan Amanah Ikhtiar Malaysia ( AIM ) . Selain itu dengan adanya bengkel E-usahawan ini dapat membantu peserta / peniaga mempromosikan produk melalui Kemudahan yang berada di PI. Peserta/peniaga juga dapat bertukar idea dan bertukar pendapat mengenai produk yang mereka lakukan kepada perserta/peniaga yang lain.
Aktiviti
Peserta diberi taklimat oleh Penolong Pengurus AIM iaitu En Hamka Bin Mustafa mengenai Amanah Ikhtiar Malaysia. Peserta juga diminta untuk memperkenalkan produk jualan mereka. Sehubungan itu , Pengajar juga memperkenalkan kepada peserta kemudahan yang terdapat di PI dan mengajar cara untuk mempromosi produk jualan mereka didalam talian .
Tarikh | 04 November 2018 ( Ahad ) |
Masa | 2.30 Petang - 5.00 Petang |
Lokasi | PI Kampung Baru Nelayan |
Peserta | 7 Peserta |
Tujuan
Sebenarnya.my ini dilaksanakan bertujuan untuk memberi kesedaran kepada peserta fungsi sebenarnya.my ini , peserta juga dapat mengetahui cara untuk menyemak sesuatu maklumat yang tidak pasti sama ada betul atau tidak. selain itu , peserta juga di ajar cara membuat artikel di dalam microsoft word.
Aktiviti
Peserta diberi taklimat mengenai apa itu Sebenarnya.my oleh pengajar dan memberi tayangan video mengenai Sebenarnya.my . Pengajar juga menunjukkan kepada peserta cara untuk menyemak sesuatu maklumat jika tidak pasti. Peserta juga diberi latihan Microsoft Word dengan memperkenalkan cara cara penggunaannya.
Tarikh | 28 Oktober 2018 ( Ahad ) |
Masa | 2.30 Petang - 5.00 Petang |
Lokasi | PI Kampung Baru Nelayan |
Peserta | 9 Peserta |
Tujuan
KDB / Klik Dengan Bijak dilakukan untuk memberi penerangan tentang apa itu Klik Dengan Bijak dan memberi penerangan keselamatan tentang maklumat peribadi dan kebaikan serta keburukan melayari internet .
Aktiviti
Peserta diberi penerangan Klik Dengan Bijak dan serta latihan pembelajaran online "https://quizizz.com/"
Tarikh | 03 November 2018 ( Sabtu ) |
Masa | 9.00 Pagi - 12.00 Tengahari |
Lokasi | PI Kampung Baru Nelayan |
Peserta | 5 Peserta |
Tujuan
Pembelajaran Google Translate ini dilakukan untuk menambah ilmu pengetahuan peserta dengan memberi penerangan apa itu Google Translate dengan cara penggunaannya. Selain itu, ia juga dapat mempratikkan skill peserta dalam latihan ICT .
Aktiviti
Pelaksanaan aktiviti ini , dengan memberi penerangan tentang Google translate didalam slide dan cara penggunaan google translate didalam kehidupan harian semasa melayari internet atau mencari maklumat. Peserta juga diberi latihan penterjemahan di dalam Google Translate.
Tarikh | 27 Oktober 2018 ( Sabtu ) |
Masa | 9.00 Pagi - 12.00 Tengahari |
Lokasi | PI Kampung Baru Nelayan |
Peserta | 8 Peserta |
Tujuan
Tujuan tuition bahasa inggeris ini dilakukan untuk menambah dan memperbaiki tatabahasa english bagi para peserta serta memperbaiki dan melatih peserta bercakap dalam Bahasa English dalam kehidupan seharian mereka.
Aktiviti
Pelaksanaan aktiviti dengan pegajar mempekenalkan diri dalam bahasa Inggeris dan meminta juga peserta mempekenalkan diri dalam bahasa inggeris dihadapan peserta yang lain dan dibantu oleh pengajar. Selain itu, peserta juga diminta menjawab kuiz online yang disediakan oleh pengajar di Pusat Internet Kg Baru Nelayan.