Tarikh | 13 Julai 2019 ( Sabtu ) |
Masa | 2.30 Petang - 4.30 Petang |
Lokasi | PI Kampung Baru Nelayan |
Peserta | 6 Peserta |
Tujuan
Kelas atau latihan ini dilakukan untuk membantu dan meningkatkan minat serta prestasi kalangan pelajar terhadap matematik.Selain itu juga , dengan adanya kelas dan latihan seperti ini , peserta dapat belajar teknik menjawab soalan peperiksaan di sekolah nanti.
Aktiviti
Peserta diberi soal latihan didalam "Math Playground" oleh petugas. Petugas memberi latihan serta tunjuk ajar kepada peserta. selain dari latihan di dalam "Math Playground" juga, petugas memberi latihan manual dan meminta peserta menjawab di papan tulis dibantu oleh rakan rakan.
Tarikh | 12 Julai 2019 ( Jumaat ) |
Masa | 9.30 Pagi - 11.30 Pagi |
Lokasi | PI Kampung Baru Nelayan |
Peserta | 8 Peserta |
Tujuan
Latihan ini dilakukan untuk membantu memudahkan urusan dalam pengurusan pejabat peserta. Selain itu, dapat memberi pembelajaran ICT kepada peserta yang tidak mempunyai asas. Dengan adanya kelas Microsoft Word ini , peserta dapat mempelajari cara membuat segala dokumen sendiri tanpa bantuan sekiranya setiausaha peserta mempunyai masalah.
Aktiviti
Petugas mempekenalkan subjek yang akan dipelajari termasuk kelebihan dan ciri - ciri microsoft office yang akan digunakan. Peserta diberi latihan oleh petugas membuat Surat Jemputan Rasmi mengikut text yang diberi oleh peserta.
Tarikh | 16 Jun 2019 (Ahad ) |
Masa | 10.00 Pagi - 12.30 Tengahhari |
Lokasi | PI Kampung Baru Nelayan |
Peserta | 9 Peserta |
Tujuan
Kelas ICT kali ini adalah Dashboard Komuniti iaitu Mykomuniti dihadiri oleh 9 peserta dikalangan Ahli Pusat Internet. Tajuknya diberi ialah Ucapan Hari Raya Aidilfitri didalam Mykomuniti sempena pada bulan ini kita menyambut Hari Raya . Peserta dapat mempelajari cara menyampaikan ucapan dengan betul dengan semakan ejaan dari petugas. Selain itu.
Aktiviti
Petugas menerangkan kepada peserta tentang cara penggunaan Mykomuniti kepada peserta. Peserta diberi contoh untuk membina ayat ucapan Hari Raya oleh petugas. Peserta dapat membuatnya dengan baik dengan tunjuk ajar petugas .
Tarikh | 6 Julai 2019 ( Sabtu ) |
Masa | 2.30 Petang - 4.30 Petang |
Lokasi | PI Kampung Baru Nelayan |
Peserta | 5 Peserta |
Tujuan
Kelas E-pembelajaran Bahasa Melayu ini dilakukan bertujuan untuk mengulangkaji pelajaran peserta , mengingati apa yang dibelajar disekolah. Selain itu juga , ia juga dapat membantu peserta dalam ujian atau peperiksaan yang bakal di hadapi tidak lama lagi. Peserta juga di ajar cara teknik menjawab soalan.
Aktiviti
Memberi pengenalan tentang apa yang akan dipelajari kepada peserta agar peserta mendapat kefahaman tentang apa yang bakal dipelajari.Selain itu , petugas juga memberi kuiz dari "kahoot" untuk melihat kepantasan peserta setelah petugas memberi penerangan tadi. Petugas juga memberi contoh soalan peperiksaan kepada peserta .
Tarikh | 9 Jun 2019 (Ahad ) |
Masa | 10.00 Pagi - 12.30 Tengahhari |
Lokasi | PI Kampung Baru Nelayan |
Peserta | 1 Peserta |
Tujuan
Latihan ini dilakukan untuk membantu peserta memperluaskan perniagaan tempatan di area Kampung Baru Nelayan. Selain itu juga dapat membantu peserta menambah pendapatan sampingan .
Aktiviti
Petugas menerangkan pengenalan Dashboard Myshop , kelebihan serta fungsi kepada peserta. Petugas juga menunjukkan cara mengemaskini data Myshop kepada peserta.