Tarikh | 6 September 2023, Rabu |
Masa | 10 Pagi - 11 Pagi |
Lokasi | PEDi Kg Baru Nelayan |
Peserta | 15 Peserta |
Tujuan
Tujuan pembelajaran ini untuk memperkenalkan tetikus kepada peserta serta mengajar peserta cara mengendalikan tetikus dengan benar dan tepat.
Aktiviti
Petugas menerangkan tujuan pembelajaran kepada peserta yang hadir. Petugas menerangkan cara mengendalikan tetikus dengan betul. Kemudian, petugas memberi latihan kepada peserta untuk menguji kemahiran dalam menggunakan tetikus.
Tarikh | 1 September 2023, Jumaat |
Masa | 4 Petang - 5 Petang |
Lokasi | PEDi Kg Baru Nelayan |
Peserta | 8 Peserta |
Tujuan
Tujuan pembelajaran ini untuk memberi pembelajaran dan kesedaran tentang bendera kebangsaan Malaysia (jalur gemilang) kerana ia sangat penting untuk peserta tahu mengenai bendera kebangsaan Malaysia. Kemudian ia juga boleh membangkitkan perasaan patriotik iaitu semangat cintakan negara dalam diri peserta.
Aktiviti
Petugas menerangkan tujuan pembelajaran kepada peserta yang hadir serta menerangkan tentang jalur gemilang. Petugas melakukan aktiviti soal jawab. Kemudia, Petugas membuat kuiz jalur gemilang untuk menguji pemahaman peserta.
Tarikh | 17 Ogos 2023, Khamis |
Masa | 9 Pagi - 5 Petang |
Lokasi | PEDi Kg Baru Nelayan |
Peserta | 9 Peserta |
Tujuan
Program ini dilaksanakan untuk memberi taklimat pemasaran perniagaan melalui pemasaran digital melalui platform agrobazar online.
Aktiviti
Taklimat umum tentang pemasaran digital FAMA oleh Ketua Unit Pemasaran Digital FAMA. Kemudian, sesi onboarding Portal Agrobazar Online. Sesi soal jawab juga dilaksanakan kepada peserta yang mempunyai sebarang persoalan.
Tarikh | 17 Ogos 2023, Khamis |
Masa | 9 Pagi - 12 Tengahari |
Lokasi | PEDi Kg Baru Nelayan |
Peserta | 9 Peserta |
Tujuan
Latihan ini bertujuan untuk membantu usahawan mempelbagaikan medium perniagaan mereka serta memberi dan berkongsi ilmu perniagaan kepada usahawan yang hadir.
Aktiviti
Petugas mengajar cara-cara menggunakan aplikasi whatsapp web dan kelebihannya kepada perniagaan usahawam dan sesi soal jawab dan berkongsi pendapat mengenai topik yang dipelajari
Tarikh | 13 Julai 2023, Ahad |
Masa | 4 Petang - 5 Petang |
Lokasi | PEDi Kg Baru Nelayan |
Peserta | 5 Peserta |
Tujuan
Kelas basic ICT ini bertujuan untuk mengajar peserta mengenai apa yang dimaksudkan dengan internet.
Aktiviti
Petugas melakukan aktiviti seperti memberi taklimat dan penerangan mengenai pengenalan internet. Petugas juga menerangkan kepentingan internet untuk berkomunikasi data secara jarak jauh, pemindahan fail dan sebagainya. Kemudian, petugas mengadakan kuiz serta sesi soal jawab bersama peserta untuk mengetahui tahap pemahaman peserta.