Tarikh | 11 November 2023, Sabtu |
Masa | 4 petang - 5 petang |
Lokasi | PEDi Kg Baru Nelayan |
Peserta | 5 Peserta |
Tujuan
Kelas ict ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada peserta mengenai penjagaan komputer. Kemudian, untuk mendidik peserta supaya sentiasa mengambil berat tentang keselamatan perisian dan komputer.
Aktiviti
- Petugas menerangkan tujuan pembelajaran kepada peserta yang hadir
- Petugas menerangkan cara penjagaan komputer
- Petugas menerangkan larangan yang perlu dielakkan supaya keselamatan komputer dalam keadaan yang baik
- Petugas mengadakan kuiz dan sesi soal jawab bersama peserta
Tarikh | 11 November 2023, Sabtu |
Masa | 3 petang - 4 petang |
Lokasi | PEDi Kg Baru Nelayan |
Peserta | 5 Peserta |
Tujuan
Tujuan pembelajaran ini untuk memperkenalkan pembelajaran STEM kepada peserta yang hadir. Kemudian, memberi pembelajaran mengenai proses hologram terbentuk serta kepentingan hologram dalam membantu kehidupan manusia.
Aktiviti
- Petugas menerangkan tujuan pembelajaran kepada peserta yang hadir
- Petugas menerangkan bagaimana hologram terbentuk dan contoh hologram
- Petugas menerangkan manfaat dan kepentingan hologram dalam membantu kehidupan manusia
- Peserta membuat eksperimen hologram menggunakan penutup plastik dengan bantuan petugas
- Petugas mengadakan kuiz dan sesi soal jawab bersama peserta
Tarikh | 3 November 2023, Jumaat |
Masa | 3 petang - 4 petang |
Lokasi | PEDi Kg Baru Nelayan |
Peserta | 5 Peserta |
Tujuan
Tujuan pembelajaran ini untuk memberi pembelajaran pendidikan matematik iaitu tajuk pecahan kepada peserta sekolah rendah. Kemudian untuk memberi pendedahan kepada peserta tentang permainan pembelajaran atas talian yang akan menarik minat peserta dalam proses pembelajarannya
Aktiviti
Petugas menerangkan tujuan pembelajaran kepada peserta yang hadir. Seterusnya, petugas memberi latihan matematik sekolah rendah kepada peserta dengan tunjuk ajar petugas dan membuat kuiz matematik menggunakan permainan pendidikan atas talian untuk menguji pemahaman peserta sekaligus dapat membuat latihan dengan cara yang lebih efektif.
Tarikh | 7 November 2023, Selasa |
Masa | 10 pagi - 11 pagi |
Lokasi | PEDi Kg Baru Nelayan |
Peserta | 15 Peserta |
Tujuan
Tujuan pembelajaran ini untuk memberi pembelajaran dan memperkenalkan contoh - contoh pekerjaan tidak beruniform kepada peserta yang hadir. Kemudian, memberi pembelajaran yang lebih efektif kepada peserta yang hadir untuk melahirkan generasi yang celik IT.
Aktiviti
-
Petugas menerangkan contoh - contoh pekerjaan yang tidak beruniform dengan bantuan slide dan video dari youtube
-
Petugas menerangkan cara permainan pendidikan atas talian yang akan dipelajari.
-
Peserta membuat latihan permainan pendidikan dengan tunjuk ajar daripada petugas
Tarikh | 20 Oktober 2023, Jumaat |
Masa | 5 Petang - 6 Petang |
Lokasi | PEDi Kg Baru Nelayan |
Peserta | 4 Peserta |
Tujuan
Kelas ini bertujuan untuk melatih peserta cara bercakap di hadapan orang serta menerapkan keberanian dalam bercakap. Kemudian untuk mengajar peserta cara bercakap dengan menggunakan fakta dan dengan bahasa yang sopan.
Aktiviti
Petugas menerangkan tujuan pembelajaran kepada peserta yang hadir dan menerangkan ciri-ciri pengucapan awam yang baik dan perkara yang perlu dielakkan ketika bercakap di hadapan. Kemudian, petugas memberi tugasan kepada peserta mengikut tajuk seperti yang diberi. Seterusnya, peserta membentangkan tajuk yang diberi dengan membuat pengucapan awam dengan tunjuk ajar daripada petugas.