Tarikh | 13 Februari 2024, selasa |
Masa | 9 pagi - 5 Petang |
Lokasi | PEDi Kg Baru Nelayan |
Peserta | 16 Peserta |
Tujuan
Program ini bertujuan untuk memberi perkongsian cara memasarkan produk dalam talian di platform agrobazaar.com. Seterusnya, untuk meningkatkan mutu perniagaan usahawan tempatan serta meningkatkan kemahiran usahawan dalam pengurusan dan pemasaran produk tempatan melalui platform Agrobazaar Online.
Aktiviti
- Petugas menerangkan tujuan pembelajaran kepada peserta yang hadir
- Petugas menerangkan pengenalan agrobazaar online dan kelebihan yang usahawan bole dapat daripada platform ini
- Petugas menerangkan tetapan cara memuat naik dan kemaskini maklumat produk
- Para usahawan memuat maklumat dan gambar produk dengan tunjuk ajar daripada petugas
Tarikh | 5 Februari 2024, isnin |
Masa | 9 pagi - 11 pagi |
Lokasi | PEDi Kg Baru Nelayan |
Peserta | 30 Peserta |
Tujuan
Program ini bertujuan untuk memperkenalkan peranan PEDi kepada warga pendidik dan pelajar sekolah. Seterusnya, memberi kesedaran cara menggunakan internet dan teknologi ke arah kebaikan. Kemudian, memberi kesedaran klik dengan bijak kepada warga pendidikan dan pelajar sekolah.
Aktiviti
1. Sesi taklimat mengenai pengenalan Pusat Ekonomi Digital seperti peranan, perkhidmatan dan kelas yang ada di PEDi.
2. Seterusnya, taklimat dan penerangan mengenai pengenalan asas komputer kepada pelajar sekolah.
3. Kemudian, penerangan dan taklimat Klik Dengan Bijak(KDB) yang menyentuh topik buli siber, oversharing dan cyber grooming
4. Sesi quiz juga diadakan bagi menguji pemahaman peserta mengenai topik yang disampaikan
Tarikh | 10 Januari 2024, Rabu |
Masa | 10 petang - 11 petang |
Lokasi | PEDi Kg Baru Nelayan |
Peserta | 1 Peserta |
Tujuan
Tujuan kelas ini dilakukan adalah untuk memberi pembelajaran cara membuat rekabentuk sticker produk usahawan. Kemudian, ia juga untuk menambah pengetahuan peserta dalam menggunakan komputer.
Aktiviti
Petugas menerangkan tujuan pembelajaran kepada peserta yang hadir. Seterusnya, petugas memberi tunjuk ajar kepada peserta cara membuat rekabentuk sticker menggunakan aplikasi canva
Tarikh | 3 Februari 2024, Sabtu |
Masa | 10 pagi - 11 pagi |
Lokasi | PEDi Kg Baru Nelayan |
Peserta | 10 Peserta |
Tujuan
Kelas ini bertujuan untuk memperkenalkan pendidikan STEM kepada peserta sebagai persediaan menghadapi cabaran di masa hadapan dan memberi pembelajaran tentang apa yang dimaksudkan dengan litar elektrik serta fungsi - fungsi litar elektrik yang memberi peranan penting dalam kehidupan seharian kita.
Aktiviti
- Petugas menerangkan tujuan pembelajaran kepada peserta yang hadir
- Petugas menerangkan maksud litar elektrik serta fungsi - fungsi litar elektrik
- Petugas mengadakan sesi soal jawab bersama peserta dan membuat kuiz untuk menguji pemahaman peserta tentang yang dipelajari
Tarikh | 7 Januari 2024, Ahad |
Masa | 3 petang - 4 petang |
Lokasi | PEDi Kg Baru Nelayan |
Peserta | 8 Peserta |
Tujuan
Tujuan pembelajaran ini untuk memberi pembelajaran pendidikan matematik iaitu Nilai Tempat dan Nilai Digit kepada peserta sekolah rendah. Kemudian untuk memberi pendedahan kepada peserta tentang permainan pembelajaran atas talian yang akan menarik minat peserta dalam proses pembelajarannya
Aktiviti
- Petugas menerangkan tujuan pembelajaran kepada peserta yang hadir
- Petugas memberi pembelajaran tentang nilai tempat dan nilai digit.
- Petugas membuat kuiz matematik menggunakan permainan pendidikan atas talian untuk menguji pemahaman peserta sekaligus dapat membuat latihan dengan cara yang lebih efektif.