Tarikh | 17 Oktober 2023, Selasa |
Masa | 4 Petang - 5 Petang |
Lokasi | PEDi Kg Baru Nelayan |
Peserta | 7 Peserta |
Tujuan
Pembelajaran ini bertujuan untuk memberi pembelajaran mengenai konsep asas internet of thing serta untuk mendedahkan kelebihan dan kebaikan IOT kepada pelbagai sektor ekonomi.
Aktiviti
Petugas menerangkan tujuan pembelajaran kepada peserta yang hadir serta menerangkan apa yang dimaksudkan dengan Internet of Thing (IOT). Kemudian, petugas menerangkan kepentingan pembelajaran mengenai teknologi Internet Of things (IOT) dan membuat perbincangan soalan dan jawapan bersama-sama peserta.
Tarikh | 13 Oktober 2023, Jumaat |
Masa | 4 Petang - 5 Petang |
Lokasi | PEDi Kg Baru Nelayan |
Peserta | 4 Peserta |
Tujuan
Pembelajaran ini bertujuan untuk mengajar peserta cara membuat, mengemaskini dan menyimpan sesuatu dokumen dan memberi pembelajaran mengenai asas kemahiran menggunakan Microsoft Word. Seterusnya, untuk meningkatkan kemahiran ict peserta.
Aktiviti
Petugas menerangkan tujuan pembelajaran kepada peserta yang hadir serta menunjukkan dan mengajar cara menggunakan Microsoft word. Seterusnya, Peserta membuat tugasan yang diberikan dengan tunjuk ajar daripada petugas.
Tarikh | 7 Oktober 2023, Sabtu |
Masa | 10 pagi - 11 pagi |
Lokasi | PEDi Kg Baru Nelayan |
Peserta | 5 Peserta |
Tujuan
Kelas ICT ini bertujuan untuk memperkenalkan pendidikan STEM kepada peserta sebagai persediaan menghadapi cabaran di masa hadapan serta memberi pembelajaran tentang proses shade illusion terbentuk serta cara ia berfungsi.
Aktiviti
Petugas menerangkan tujuan pembelajaran kepada peserta yang hadir. Kemudian, menerangkan proses shade illusion terbentuk dengan bantuan video. Seterusnya petugas mengadakan sesi soal jawab bersama peserta dan mengadakan kuiz untuk menguji pemahaman peserta tentang topik yang dipelajari.
Tarikh | 13 Oktober 2023, Jumaat |
Masa | 3 petang - 4 petang |
Lokasi | PEDi Kg Baru Nelayan |
Peserta | 8 Peserta |
Tujuan
Tujuan pembelajaran ini untuk memberi pembelajaran pendidikan matematik kepada peserta sekolah rendah dan memantapkan pengetahuan peserta mengenai kira-kira. Kemudian untuk memberi pendedahan kepada peserta tentang permainan pembelajaran atas talian yang akan menarik minat peserta dalam proses pembelajarannya
Aktiviti
Petugas menerangkan tujuan pembelajaran kepada peserta yang hadir. Seterusnya, petugas memberi latihan matematik sekolah rendah kepada peserta dengan tunjuk ajar petugas dan membuat kuiz matematik menggunakan permainan pendidikan atas talian untuk menguji pemahaman peserta sekaligus dapat membuat latihan dengan cara yang lebih efektif.
Tarikh | 6 Oktober 2023, Jumaat |
Masa | 9 pagi - 12 Tengahari |
Lokasi | Sek Keb Parit 9, Sekinchan |
Peserta | 90 Peserta |
Tujuan
Program ini bertujuan untuk memperkenalkan peranan PEDi kepada warga pendidik dan pelajar sekolah. Seterusnya, memberi kesedaran cara menggunakan internet dan teknologi ke arah kebaikan. Kemudian, memberi kesedaran klik dengan bijak kepada warga pendidikan dan pelajar sekolah.
Aktiviti
1. Sesi taklimat mengenai pengenalan Pusat Ekonomi Digital seperti peranan, perkhidmatan dan kelas yang ada di PEDi.
2. Seterusnya, taklimat dan penerangan mengenai pengenalan asas komputer kepada pelajar sekolah.
3. Kemudian, penerangan dan taklimat Klik Dengan Bijak(KDB) yang menyentuh topik, online gaming, buli siber, oversharing dan cyber grooming
4. Sesi quiz juga diadakan bagi menguji pemahaman peserta mengenai topik yang disampaikan