Tarikh | 11 Julai 2024, Khamis |
Masa | 9 Pagi - 10 Pagi |
Lokasi | NADI Kg Baru Nelayan |
Peserta | 10 Peserta |
Tujuan
Kelas ini bertujuan untuk memperkenalkan pelajar kepada pelbagai jenis bentuk geometri dengan cara permainan pembelajaran dalam talian yang interaktif dengan melibatkan aktiviti seperti permainan, latihan interaktif, dan ujian yang membantu mempertahankan minat pelajar.
Aktiviti
- Petugas menerangkan tujuan pembelajaran kepada peserta yang hadir
- Petugas menerangkan jenis - jenis bentuk geometri
- Petugas menerangkan setiap sifat dan ciri - ciri bagi setiap bentuk.
- Peserta membuat latihan kuiz bagi menguji pemahaman peserta.
Tarikh | 5 Julai 2024, Jumaat |
Masa | 3 Petang - 4 Petang |
Lokasi | NADI Kg Baru Nelayan |
Peserta | 4 Peserta |
Tujuan
Kelas ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dalam kalangan masyarakat mengenai penggunaan teknologi digital dan internet secara bijak dan bertanggungjawab.
Aktiviti
- Petugas menerangkan tujuan pembelajaran kepada peserta yang hadir
- Petugas menunjukkan video dari youtube berkenaan klik dengan bijak
- Petugas memberi penerangan mengenai kesedaran menjadi pengguna internet yang bijak.
- Petugas memberikan kuiz untuk menguji pemahaman peserta.
Tarikh | 9 Jun 2024, Ahad |
Masa | 2 Petang - 3 Petang |
Lokasi | NADI Kg Baru Nelayan |
Peserta | 3 Peserta |
Tujuan
Kelas ini bertujuan untuk membantu peserta mengembangkan kemahiran asas dalam kejuruteraan melalui permainan dalam talian yang interaktif dan mendidik. Kemudian, mendorong pembelajaran aktif dan berterusan dalam bidang kejuruteraan melalui pendekatan yang menyeronokkan dan menarik.
Aktiviti
- Petugas menerangkan tujuan pembelajaran kepada peserta yang hadir
- Petugas menerangkan latihan yang menggunakan konsep asas kejuruteraan
- Para peserta membuat latihan kejuruteraan dengan tunjuk ajar daripada petugas
Tarikh | 9 Jun 2024, Ahad |
Masa | 3 Petang - 4 Petang |
Lokasi | NADI Kg Baru Nelayan |
Peserta | 3 Peserta |
Tujuan
Kelas ini bertujuan untuk membantu peserta meningkatkan kelajuan dan ketepatan menaip mereka. Seterusnya, mengurangkan jumlah kesalahan menaip yang dilakukan oleh peserta melalui latihan berstruktur dan mengajar peserta teknik menaip yang betul untuk mengelakkan ketegangan dan kecederaan pada tangan.
Aktiviti
- Petugas menerangkan tujuan pembelajaran kepada peserta yang hadir
- Petugas menerangkan cara menaip yang betul dan tepat
- Petugas menerangkan latihan yang digunakan untuk membuat latihan menaip
- Peserta membuat latihan menaip dengan tunjuk ajar daripada petugas
Tarikh | 8 Jun 2024, Sabtu |
Masa | 9 Pagi - 10 Pagi |
Lokasi | NADI Kg Baru Nelayan |
Peserta | 5 Peserta |
Tujuan
Kelas ini bertujuan untuk membantu peserta mengembangkan kemahiran dalam mengenal pasti, menganalisis, dan menyelesaikan masalah secara efektif. Kemudian, mendorong peserta untuk berfikir secara kritikal dan kreatif dalam mencari penyelesaian kepada masalah yang dihadapi.
Aktiviti
- Petugas menerangkan tujuan pembelajaran kepada peserta yang hadir
- Petugas menerangkan kepentingan mempunyai skill penyelesaian masalah
- Petugas memberikan latihan yang memerlukan peserta menggunakan daya berfikir yang kreatif