Tarikh | 19 April 2024, Jumaat |
Masa | 10 pagi - 11 Pagi |
Lokasi | NADi Kg Baru Nelayan |
Peserta | 4 Peserta |
Tujuan
Kelas ini bertujuan untuk memberikan pemahaman kepada peserta mengenai konsep-konsep asas elektrik dan elektronik. Seterusnya, memberi pendedahan kepada peserta bagaimana teknologi Internet of Things (IoT) dapat diaplikasikan dalam litar elektrik serta mendorong pemikiran kreatif dalam merangka litar elektrik sederhana.
Aktiviti
- Petugas menerangkan tujuan pembelajaran kepada peserta yang hadir
- Petugas menerangkan kepentingan kewujudan elektrik dalam kegunaan harian manusia
- Petugas memberi penerangan komponen asas elektrik, simbol dan jenis litar
- Petugas memberi penerangan bagaimana teknologi Internet of Things (IoT) dapat diaplikasikan dalam litar elektrik.
- Membuat quiz soal jawab dalam talian untuk menguji pemahaman peserta
Tarikh | 14 April 2024, Ahad |
Masa | 11 pagi - 12 Tengahari |
Lokasi | NADi Kg Baru Nelayan |
Peserta | 5 Peserta |
Tujuan
Kelas ini bertujuan untuk memperkenalkan pelajar kepada konsep-konsep asas dalam animasi komputer 3D dan menghubungkannya dengan penggunaan Teknologi Internet of Things (IoT). Selain itu, mendorong peserta untuk mengembangkan kreativiti mereka dalam mencipta animasi yang unik dan menarik
Aktiviti
- Petugas menerangkan tujuan pembelajaran kepada peserta yang hadir
- Petugas memberikan tayangan video sebagai contoh bentuk animasi masa kini
- Penerangan kebaikan dan kesannya dalam pertumbuhan ekonomi dan kemajuan negara
Tarikh | 5 April 2024, Jumaat |
Masa | 10 pagi - 11 pagi |
Lokasi | NADi Kg Baru Nelayan |
Peserta | 1 Peserta |
Tujuan
Kelas ini bertujuan untuk mengajarkan peserta cara mengatasi ketakutan berbicara di depan umum dan meningkatkan rasa percaya diri peserta. Seterusnya, ia bertujuan untuk melatih peserta untuk menguasai teknik-teknik berbicara yang jelas dan persuasif agar pesan yang disampaikan dapat dipahami dan diterima dengan baik oleh pendengar.
Aktiviti
- Petugas menerangkan tujuan pembelajaran kepada peserta yang hadir
- Petugas menerangkan ciri-ciri pengucapan awam yang baik dan perkara yang perlu dielakkan ketika bercakap di hadapan
- Petugas memberikan peserta peluang untuk berlatih mengucapkan dengan topik-topik yang disediakan dan peserta membentangkan tajuk yang diberi dengan membuat pengucapan awam dengan tunjuk ajar daripada petugas.
Tarikh | 14 April 2024, Ahad |
Masa | 10 pagi - 11 pagi |
Lokasi | NADi Kg Baru Nelayan |
Peserta | 4 Peserta |
Tujuan
Kelas ini bertujuan untuk memperkukuhkan pemahaman pelajar terhadap bahan pembelajaran dan mengukur kemajuan mereka melalui aktiviti interaktif serta memotivasikan kesinambungan pembelajaran secara efektif.
Aktiviti
- Petugas menerangkan tujuan pembelajaran kepada peserta yang hadir
- Menjalankan sesi kuiz dalam talian yang berterusan, dengan soalan yang diajukan secara berperingkat dari mudah ke sukar
- Mengadakan sesi penilaian untuk menilai tahap kefokusan pelajar
Tarikh | 5 April 2024, Jumaat |
Masa | 9 pagi - 10 pagi |
Lokasi | NADi Kg Baru Nelayan |
Peserta | 1 Peserta |
Tujuan
Kelas ini bertujuan untuk memberikan kemahiran kepada peserta untuk menyusun dan menyampaikan persembahan yang profesional dan menarik menggunakan PowerPoint. Seterusnya, mengajar peserta cara mencipta slide yang profesional dan menarik menggunakan pelbagai reka bentuk, teks, imej dan grafik.
Aktiviti
- Petugas menerangkan tujuan pembelajaran kepada peserta yang hadir
- Petugas menunjukkan cara mengisi maklumat di slide pembentangan serta cara menggunakan Microsoft Power Point dengan mudah
- Peserta membuat pembentangan bagi slide powerpoint yang telah dibuat