11.1.21

Jangan lakukan 3 perkara ini bagi mengelakkan dari COVID-19 merebak dengan cepat.

1️⃣ Bercakap dengan rakan sepejabat tanpa menggunakan pelitup muka.
2️⃣ Bercakap dengan rakan karib tanpa menggunakan pelitup muka.
3️⃣ Bercakap dengan saudara tanpa menggunakan pelitup muka.

Lindungi diri dan keluarga adalah tanggungjawab anda. Sentiasa pakai pelitup muka.

Bersama putuskan rantaian COVID-19.

#COVID19
#KitaMestiMenang
#sihatmilikku

(Sumber : http://t.me/sihatmilikbersama )

2.2021

Bagaimana pengesanan kontak rapat dilakukan oleh Pejabat Kesihatan Daerah (PKD).

Penilaian risiko berdasarkan:

1. Tempoh pendedahan
2. Jarak ketika bertemu
3. Pemakaian pelitup muka
4. Keadaan tempat pertemuan

(Sumber : KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA)

2.6.2020-1

Jadilah seorang influencer yang bijak.Manfaatkan media sosial dengan hantaran yang berfaedah dan tidak mempromosikan produk tembakau.Ibubapa yang baik sentiasa melindungi anak-anak mereka dari pengaruh rokok dan vape.

Generasi Mudah Mesti Dilindungi.

(Sumber: https://t.me/kkmmchannel)

 


 

16.6.2020-2

Mengapa perlu kerap membasuh tangan?

Membasuh tangan terutama sebelum makan atau selepas mengguna tandas bukan sesuatu yang baharu dalam masyarakat. Sebaliknya, ia menjadi satu kelaziman di Malaysia. Apa yang dimaksudkan membasuh tangan sebagai kebiasaan baharu ialah mencuci tangan lebih kerap walaupun tidak makan atau tidak menggunakan tandas. Inilah yang kebiasaan baharu yang perlu dijadikan norma baharu.
Tangan adalah bahagian anggota badan yang paling kerap menyentuh pelbagai permukaan dan tempat yang mempunyai kuman.

Membasuh tangan dapat cegah penyakit dan menyebarkan jangkitan kepada orang lain kerana ;
• Kelazimannya kita kerap menyentuh mata, hidung dan mulut tanpa sedar. Tangan yang tercemar akan memindahkan kuman ke saluran pernafasan melalui mata, hidung dan mulut
• Kuman dari tangan yang tidak dibasuh boleh berpindah ke objek yang disentuh seperti tombol pintu, telefon bimbit, duit dan juga semasa bersalaman

Membasuh tangan dengan sabun dan air dapat menyingkirkan kuman dan mencegah pelbagai penyakit termasuk jangkitan COVID-19. Jika sukar akses tempat membasuh tangan, anda boleh mengguna cecair pemasmi kuman (hand sanitizer). Pada pengguna pengangkutan awam, anda amat digalakkan membawa sebotol kecil hand sanitizer sebagai persediaan pencegahan kerana kita menyentuh tempat/barang yang kerap disentuh orang ramai walaupun sekarang kerap dicuci oleh kakitangan pembersihan.

Memakai sarung tangan (terutama yang sering dipakai juruwang di kaunter bayaran), tidak bermakna anda tidak perlu basuh tangan. Risiko yang sama juga kerana anda menyentuh bahagian tercemar kemudian menyentuh bahagian muka.

Oleh itu, KKM sering menasihatkan orang ramai kerap membasuh tangan mengguna air dan sabun sekurang-kurangnya 20 saat.

(Sumber:https://www.facebook.com/kementeriankesihatanmalaysia/)


 

15.5.2020-7

Kementerian Kesihatan Malaysia sentiasa memantau iklan dan penjualan ubat secara online. Berikut merupakan statistik iklan ubat yang diturunkan daripada platform e-Dagang. Iklan-iklan tersebut melanggar Akta Ubat (Iklan & Penjualan) 1956, Akta Racun 1952, Akta Jualan Dadah 1952 dan Peraturan-peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.
Kepada penjual ubat online!

Pastikan 2 perkara sebelum mengiklankan ubat:

1.Pastikan ubat yang dijual adalah BERDAFTAR dengan KKM (mempunyai no. MAL dan pelekat keselamatan hologram)

2.Iklan ubat mendapat kelulusan daripada Lembaga Iklan Ubat (mempunyai no. KKLIU)

JADILAH PENJUAL YANG BERTANGGUNGJAWAB!

#biarbetuliklanni!Maklumat lanjut layari https://www.pharmacy.gov.my

(Sumber:https://t.me/sihatmilikbersama)