11052020-6

Pada waktu ini, masyarakat disarankan untuk kerap mencuci tangan. Namun ada satu masalah yang biasa berlaku apabila terlalu kerap membasuh tangan iaitu - kulit kering.

Berikut merupakan langkah pencegahan tangan kering.

1. Selepas basuh tangan, elakkan menggosok tangan dengan tuala. Hanya tekapkan tuala dengan perlahan

2. Selepas dibiarkan seketika, gunakan krim tangan. Krim tangan lebih baik berbanding losyen badan kerana ia berasaskan minyak.

3. Elakkan produk krim tangan yang berbau wangi, mengandungi retinol, serum atau bahan anti penuaan.

4. Elakkan berkongsi krim tangan untuk menjaga kebersihan.

5. Sebelum tidur, sapu krim tangan dengan lebih tebal atau gunakan vaselin.

(Sumber:https://web.facebook.com/publichealthmalaysia)


 

9052020-3

Kajian mendapati, individu yang berada di fasa pra- jangkitan juga mampu menyebarkan jangkitan. Oleh itu, pemakaian topeng muka sangat penting untuk melindungi anda dan masyarakat dari terkena jangkitan.

Pemakaian topeng muka (termasuk topeng muka DIY) mampu memberikan perlidungan yang mencukupi dari terkena partikel besar dari air liur, batuk dan bersin.

Pemakaian topeng muka bukan undang undang, sesiapa yang tidak memakainya tidak boleh didakwa. Namun ia sangat penting apabila anda berada di tempat awam seperti pasar dan pengangkutan awam dimana agak sukar untuk menjaga jarak sosial.

Ini adalah kaedah pencegahan sukarela yang paling mudah, murah dan berkesan. Inilah normal baru.

(Sumber:https://web.facebook.com/publichealthmalaysia)


 

 

7052020-9

Taburan kes #COVID19 mengikut negeri termasuk kes baharu dan jumlah kematian.

Seramai 237,013 telah diambil sampel dan 2.73% atau 6,467 adalah positif dan ini menunjukkan penularan jangkitan virus ini terkawal.

Selangor (HSgBuloh) merekodkan kematian tertinggi 20 kes.

#Staysafe #Covid19

(Sumber:https://t.me/cprckkm)


 

9052020-6

Orang ramai sudah mula keluar. Anda akan terdedah dengan gigitan Aedes. Gunakan repellen.

#Stayathome #Denggimembunuh

(Sumber:https://web.facebook.com/jknselangor)


 

7052020-8

Ringkasan Kes COVID-19 pada 7 MEI 2020

Kes baharu dilaporkan: 39 (Termasuk 1 kes import pada hari ini)

Jumlah keseluruhan kes dilaporkan di Malaysia: 6,467

Kes sembuh: 74

Jumlah keseluruhan kes sembuh: 4,776

Jumlah keseluruhan kes di ICU: 19 (Seramai 8 orang memerlukan bantuan alat pernafasan)

Kematian: 0

Jumlah keseluruhan kematian: 107


Nasihat berkaitan COVID-19
- Patuh kepada PKPB
- Mengamalkan tahap kebersihan yang optimum pada setiap masa
- Mengamalkan jarak sosial selamat (social distancing)
- Mengamalkan norma-norma baharu dalam kehidupan seharian.

#Staysafe #Covid19

(Sumber:https://t.me/cprckkm)