1- Selain MySejahtera, peniaga boleh menyediakan QR pay bagi memudahkan pembayaran dan mengurangkan risiko dengan menjaga jarak.
2- Bagi peniaga di gerai – disarankan untuk menyediakan makanan dan minuman dari rumah untuk menjaga kebersihan di kawasan sekitar dan mengelak daripada pembeli beratur Panjang untuk menunggu makanan dan minumam mereka siap
3- Hadkan interaksi bersama pelanggan - Jangan biarkan pelanggan mengambil makanan sendiri
4- Sentiasa menjaga kebersihan sekeliling gerai dan sanitize gerai setiap masa.
Sumber : https://www.facebook.com/dswanjunaidi
1. Komited terhadap media sosial – sediakan jadual, sentiasa merancang dan mengatur strategi untuk komunikasi mengenai produk dan servis anda dengan jelas di media sosial.
2. Pamerkan keperibadian anda – cuba fikirkan jenama yang anda ikuti di media sosial. Mereka pasti bukan sekadar robot jenama yang mengeluarkan kandungan. Kehadiran anda yang autentik di media sosial menjadikan pelanggan merasa lebih dekat dan dapat berkongsi pandangan mengenai pengalaman mereka.
3. Dengar pandangan daripada pelanggan dan jangan sekadar mempromosi barangan anda – media sosial menawarkan platform maya yang menyeluruh. Oleh itu, gunakan ia untuk berinteraksi secara efektif.
Sumber : https://www.facebook.com/OfficialMEDACMalaysia
EzBiz Online lebih mudah dan pantas!
Jom daftar dan aktifkan ID EzBiz anda!
Layari di laman web yang sah di https://ezbiz.ssm.com.my/
Sumber : https://www.facebook.com/ssmofficialpage
Tiga Platform Untuk Memulakan Perniagaan Online:
1. Facebook Marketplace - sebagai penjual, janganlah hanya meletakkan gambar. Adalah penting lupa untuk meletakkan kapsyen berserta “keywords” penting agar produk anda senang dicari.
2. Shopee – sebuah applikasi yang mudah digunakan. Tangkap gambar produk anda, isikan maklumat dan penerangan mengenai produk, masukkan harganya dan senaraikan barang anda mengikut kategori di Shopee.
3. Carousell – sebuah platform yang amat popular untuk menjual barang-barang terpakai seperti baju, buku, perabut dan sebagainya. Jika belum ada produk sendiri, mungkin boleh mencaba menjual barang-barang terpakai anda di platform ini.
Sumber : https://www.facebook.com/OfficialMEDACMalaysia
Nasi Lemak Noradilina terletak berhampiran dengan Pejabat Pos Sungai Besar dan jarak 2.5 kilometer dari Pusat Internet Kampung Baru Nelayan.Gerai nasi lemak Noradilina ini menyediakan menu sarapan pagi dan tengahari iaitu nasi lemak,lontong ayam,pecal,nasi ayam,nasi geprek dan lain-lain lagi dengan harga berpatutan.Waktu operasi pada 6.30 pagi - 5.00 petang.Nasi lemak Noradilina juga menyediakan penghantaran melalui foodpanda.my.
http://kgbarunelayan.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m1/keusahawanan?start=85#sigFreeId5b20dd57d7