344732995 1271183370215476 7267283498875876715 n

 

Semua dijemput hadir bagi memeriahkan lagi sambutan Rumah Terbuka Jelajah #KitaSelangor Aidilfitri Daerah Sabak Bernam.
Bila tu? Di mana?
🗓️ 12 Mei 2023 (Jumaat)
🕔 8.00 mlm - 11.00 mlm
📍Dataran Tanah Lesen, Parit Baru, Sabak Bernam
 
12 Mei, bermula jam 8:30 akan diadakan beberapa pertandingan. Semua dipelawa menyertai kerana hadiah wang tunai menanti anda. 
- Pertandingan hias dan gubah pulut kuning.
- Pertandingan ikat sampin
- Pertandingan anyam ketupat
- Pertandingan karaoke lagu raya
Penyertaan pertandingan masih dibuka
 
Sebarang pertanyaan boleh hubungi :
Puan Suhada 0192899868
 
Pada sebelah malam, anda boleh menikmati juadah hari raya daripada 37 gerai yang antaranya sediakan sate, pelbagai bubur, kambing bakar, lemang, rendang, pelbagai sup, air balang, air panas dan sejuk, kuih muih tradisional dan banyak lagi.
 
Untuk anak - anak turut disediakan soopa doopa supaya lebih meriah.
 
Ada artis juga seperti :
-Lan Solo
-Ezad azim
-Buskers undangan
- Suhaimi (Bintang P..Ramlee)
Lagi best, ada cabutan bertuah untuk pengunjung bertuah. Hadiah utama motosikal honda, ada tv, barang elektrik dan banyak lagi.
 
Ada satu lagi yang best pada malam. Apa tu?
Pameran variasi motosikal (berkuasa tinggi dan retro) Jom peminat motosikal. Jangan lupa hadir!!
 
Salam Aidilfitri maaf zahir dan batin.
Semoga kehadiran semua menambahkan kemeriahan dan memberikan lebih erti buat majlis nanti.
Jumpa 12 Mei 2023!!
 
 
 

346310093 1329399894282800 586473461666577933 n

 

Sentiasa peka dan prihatin dengan kes penipuan scammer yang makin berleluasa.

Jangan dedahkan sebarang maklumat peribadi kepada mana - mana individu yang tidak dikenali.

Tulis butiran pemanggil atau penghantar SMS bagi tujuan rekod sekiranya diperlukan.

Rujuk Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) di talian 997 dan laporkan kepada pihak polis sekiranya anda berhadapan dengan situasi seperti ini

 

Sumber : Klik Dengan Bijak

 





332770349 6060366110667442 2383717678124120055 n

 

 

Pusat Ekonomi Digital (PEDi) yang telah dilancarkan pada 21 November 2021 menawarkan perkhidmatan capaian Internet, program latihan ICT dan bertindak sebagai pusat transformasi dan pemangkin ekonomi digital kepada usahawan menerusi bantuan pendigitalan dan fasiliti kepada komuniti setempat. 
 
Bagi tahun 2023, sasaran membangunkan satu PEDi di setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk memperkasakan peranan PEDi dalam membantu peniaga kecil dengan pengetahuan ICT dan e-Dagang seterusnya meningkatkan sosioekonomi dalam dan luar bandar.
 
 
 

 

 

 

 

 

336268052 718967083295352 5349428624085510810 n

 

Jelajah Selangor Saringan yang terakhir bagi fasa pertama. Jangan lepaskan peluang bagi warga Sabak Bernam

Tarikh : 19 Mac 2023, Ahad

Tempat : Dataran Niaga Bagan Terap, Sabak Bernam

Masa Operasi : 9 pagi - 4 Petang

CARA MENDAFTAR PROGRAM SELANGOR SARINGAN

  1. Download aplikasi Selangkah
  2. Tekan butang Selangor Saringan
  3. Isi Borang Soal Selidik
  4. Pilih Lokasi dan Tarikh di atas

 

Sumber : Komuniti Daerah Sabak Bernam

 


 

BKM-2022

BANTUAN KELUARGA MALAYSIA (BKM) 2022 : KEMAS KINI MAKLUMAT ASAS PERMOHONAN LULUS BKM 2022

Sumber : Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia