245097475 4713944995311674 4127736533622364367 n

Jangan lupa untuk tebus Baucar Pelancongan #PusingSelangorDulu 2.0 melalui Pakej Kita Selangor 2.0 yang bernilai RM100 setiap satu di aplikasi e-dagang terkemuka; Shopee bermula 22 Oktober 2021 sehingga 31 Disember 2021 ini! Tempoh penggunaan baucar bermula pada 22 Oktober 2021 sehingga 30 Jun 2022.

Lebih 170 pakej pelancongan yang menarik ditawarkan daripada 35 Agensi Pelancongan Negeri Selangor untuk anda semua!

Tertakluk pada Terma dan Syarat.

Untuk maklumat lanjut, sila layari: https://selangor.travel/baucar-pelancongan-negeri-selangor/

Nak Bercuti? Pusing Selangor Dulu!

Sumber : Yayasan Warisan Anak Selangor - YAWAS


 

243280020 168497892105683 604641899796125871 n

Program Kursus Pengurusan Aliran Tunai Perniagaan anjuran Majlis Daerah Sabak Bernam

Anda Peniaga, penjaja, belia dan usahawan

Sila sertai program ini bagi mendapatkan pendedahan teknik menguruskan aliran tunai dalam urusan perniagaan seterusnya membantu meningkatkan hasil jualan

Program akan diadakan pada:

Tarikh : 23 Oktober 2021 (Sabtu)
Masa : 8.30 Pagi hingga 5.00 Petang

Yuran : RM 15.00 / Seorang
Pautan Pendaftaran : https://bit.ly/3zQCk60

Peserta yang berminat boleh:
(1) mendaftar pada borang secara dalam talian seperti dalam pautan di atas.
(2) Buat bayaran dahulu sebelum mendaftar

Penting : Peserta yang telah melengkapkan borang pendaftaran akan dimasukan dalam *_Group Whatsapp_* dan akan diberikan pautan kursus selewat-lewatnya sebelum program bermula.

Perhatian : Sekiranya peserta tidak boleh membuat bayaran yuran penyertaan di kaunter MDSB, bayaran boleh dibuat secara dalam talian pada akaun seperti berikut:

Nama Bank : Bank Islam
Nama Akaun : Yang Dipertua Majlis Daerah Sabak Bernam
Nombor Akaun : 12056010021352

Sebarang pertanyaan, boleh hubungi Encik Mohammad Faizal bin Nawani melalui talian 0176180589 atau https://0176180589.wasap.my/

Sekian, Terima kasih

*Mohammad Faizal Bin Nawani*
Pegawai Perhubungan Pembangunan Usahawan PBT,
Majlis Daerah Sabak Bernam


 

241683858 4461463357270955 2793779970404890100 n

Penduduk daerah Sabak Bernam kini boleh membuat bayaran cukai taksiran, pembaharuan lesen dan sewaan premis menggunakan aplikasi Citizen E-Payment (CEpat)

Sumber : Majlis Daerah Sabak Bernam


 

242537047 10159427523138399 3628991082367130245 n

Ingat, tarikh akhir permohonan i-Citra adalah pada 30 September 2021.

Sumber : Kumpulan Wang Simpanan Pekerja


 

240401061 1498128797196644 566803253088848380 n

AWAS! JANGAN KONGSI SIJIL VAKSINASI ANDA..

Anda seharusnya berhati-hati dalam menjaga kerahsiaan maklumat berhubung Sijil Digital Vaksinasi di MySejahtera masing-masing. 

Sumber : KPDNHEP Laman Rasmi