200830931 4070345546390687 95343993506350105 n

Program Vaksin Selangor (SelVAX) mensasarkan 500,000 dos percuma utk 250,000 rakyat Selangor melalui SelVAX Komuniti. Sasaran penerima adalah golongan B40, warga emas, penerima bantuan Kerajaan Negeri (IPR) serta kategori lain yang akan ditentukan berdasarkan keperluan.

SelVAX Industri adalah program vaksinasi pekerja bagi mengerakkan ekonomi, menyelamatkan pekerjaan dan melindungi rakyat. Ini bagi mempercepatkan โ€˜herd immunityโ€™ di Selangor dan melengkapi Program PICK.

Sumber : https://www.facebook.com/amirudinbinshari


 

200293859 10157997538416237 8095877255301017783 n

๐๐ž๐ฅ๐š๐ง ๐๐ž๐ฆ๐ฎ๐ฅ๐ข๐ก๐š๐ง ๐๐ž๐ ๐š๐ซ๐š: Peralihan Fasa PKP secara Berperingkat.

(Sumber : https://www.facebook.com/kementeriankesihatanmalaysia)


 

 

Kumpulan Wanita Fardu Ain Kampung Baru Nelayan

Kumpulan wanita kelas Fardu Ain ini diberi nama Bina Insan Kg Baru Nelayan , ia ditubuhkan bagi menyebarkan ilmu berkaitan islam , aktiviti membaca Al-quran serta mengeratkan silaturrahim di antara golongan wanita penduduk kampung baru nelayan. Kelas fardhu ain ini mempunyai ahli seramai 25 orang , aktiviti kelas fardu ain ini diadakan pada pukul 3.00 petang sehingga 4.30 petang bertempat di bilik kemas dan diketuai oleh Ustazah Norsuryani Binti Mohd Jaini.

 

Kampung Baru Nelayan ini terletak hanya kira-kira 1/2 batu dari pekan Sungai Besar iaitu pusat pentadbiran bagi Daerah Sabak Bernam. Di utaranya ialah Kg Sg Lias Baroh , di selatannya Bagan Cina Sungai Besar, di timurnya pula ialah kawasan perumahan PKNS Peringkat 3 dan di baratnya ialah Laut Selat Melaka. Luas kampung ini ialah kira-kira 3.4 batu persegi.

Kampung Baru Nelayan ini muncul sebagai sebuah perkampungan melayu iaitu pada 4.4.1981.Pada awalnya penduduk yang menetap di situ ialah 11 rumah sahaja. Pada Permulaanya kampung ini ialah sebuah kawasan revolusi hijau yang diperkenalkan oleh kerajaan pada tahun 1975, penempatan penduduk di sini ialah ekoran daripada keputusan yang telah diambil oleh UMNO Cawangan Panchang Bedena dengan Persatuan Kampung Nelayan Kawasan Sungai Besar berserta Wakil Rakyat dan Ketua Kampung Sungai Besar ketika itu, untuk menempatkan 74 orang ahli Persatuan Nelayan Sungai Besar yang pada masa itu terpaksa menumpang atau menyewa tanah orang lain untuk mendirikan rumah. Pada hari ini ada 283 buah rumah di kampung ini dengan penduduknya kira - kira 1450 orang.

Pada hari ini, pada amnya Kampung Baru Nelayan telah menerima kemudahan-kemudahan asas seperti bekalan air paip, elektrik dan jalan jalan tar di setiap lorong dari Lorong 1 sehingga Lorong 13

 

PETA NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN

 

Peranan MAJLIS PENGURUSAN KOMUNITI KAMPUNG  (MPKK) Sungai Besar / Sungai Lias adalah untuk memajukan dan menjaga hal ehwal keselamatan penduduk kampung ini. Organisasi seperti ini juga menjadi tunggak utama penyumbang kepada pembangunan di kawasan setempat. Hal ini kerana, ianya bukan sahaja memainkan peranan penting sebagai penasihat bagi penduduk kampung yang menghadapi masalah, malah turut juga memainkan peranan untuk menyampaikan kepada kerajaan yang memerintah tentang keperluan awam serta keselesaan penduduk.