Kumpulan Wanita Fardu Ain Kampung Baru Nelayan

Kumpulan wanita kelas Fardu Ain ini diberi nama Bina Insan Kg Baru Nelayan , ia ditubuhkan bagi menyebarkan ilmu berkaitan islam , aktiviti membaca Al-quran serta mengeratkan silaturrahim di antara golongan wanita penduduk kampung baru nelayan. Kelas fardhu ain ini mempunyai ahli seramai 25 orang , aktiviti kelas fardu ain ini diadakan pada pukul 3.00 petang sehingga 4.30 petang bertempat di bilik kemas dan diketuai oleh Ustazah Norsuryani Binti Mohd Jaini.

 

Peranan MAJLIS PENGURUSAN KOMUNITI KAMPUNG  (MPKK) Sungai Besar / Sungai Lias adalah untuk memajukan dan menjaga hal ehwal keselamatan penduduk kampung ini. Organisasi seperti ini juga menjadi tunggak utama penyumbang kepada pembangunan di kawasan setempat. Hal ini kerana, ianya bukan sahaja memainkan peranan penting sebagai penasihat bagi penduduk kampung yang menghadapi masalah, malah turut juga memainkan peranan untuk menyampaikan kepada kerajaan yang memerintah tentang keperluan awam serta keselesaan penduduk.
 

Kampung Baru Nelayan terletak di Mukim Panchang Bedena, Daerah Sabak Bernam dan ia berhampiran dengan Pekan Sungai Besar. Penduduk mendapat pelbagai kemudahan dan perkhidmatan seperti kesihatan, perbankan dan keperluan harian di pekan yang jaraknya kira-kira 2 kilometer. Kemudahan jalanraya berturap dan dengan adanyan kemudahan seperti bas dan teksi dapat memudahkan lagi pergerakkan mereka dari satu tempat ke tempat yang lain bagi menyelesaikan pelbagai urusan dan mendapat keperluan harian.