281894228 559519568873244 6405206782828511911 n

Selamat Menyambut Hari Telekomunikasi dan Masyarakat Berinformasi Sedunia 2022! Tema pada tahun ini adalah “Digital Technologies for Older Persons and Healthy Ageing”.

Pelbagai inisiatif telah dilaksanakan antaranya, Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA), Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) dan Mercu Ekonomi Digital (MEDi) di mana kesemuanya bersifat jangka panjang yang direncana dengan matlamat untuk melahirkan sebuah masyarakat yang berdaya saing, kreatif dan terhubung.

Sumber : Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia


 

268834190 464031901745767 3511392248100098746 n

Berikut adalah panduan dan langkah keselamatan ketika banjir.Adalah penting untuk anda kenal pasti risiko-risiko yang wujud dan bertindak sewajarnya dalam menghadapi banjir.

Sumber : Agensi Pengurusan Bencana Negara, Jabatan Perdana Menteri


 

266572682 278217591006958 8521697111421714121 n

Pembayaran parkir kereta dilaksanakan secara digital sepenuhnya bermula 3 Januari tahun hadapan.
Ketahui cara-cara penggunaan e-kupon di aplikasi
Smart Selangor Parking.
Mudah saja!

Sumber : Media Selangor


 

269691296 285605863601424 4128960714585545840 n

Pengesanan kontak (contact tracing) ialah proses identifikasi individu-individu yang berkemungkinan telah berada dalam jarak yang berdekatan dalam jangka masa tertentu dengan individu yang telah dikenal pasti positif COVID-19.
Dengan pengaktifan MySJ Trace di MySJ, ia membolehkan proses survelans dalam MySejahtera diperkasakan.
Semua rakyat Malaysia dan warga asing yang menetap di Malaysia yang mempunyai aplikasi MySejahtera(MySJ) boleh mengaktifkan ciri MySejahtera Trace (MySJ Trace).
MySJ Trace mempunyai ciri Bluetooth Kuasa Rendah (Bluetooth Low Energy (BLE)) yang menggunakan tenaga bateri secara minimum.Pengguna hanya perlu mengemaskini aplikasi MySejahtera kepada versi yang terkini.

Sumber : KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA


 

254153476 198015302487275 5528236394890520546 n

Program Kabin Kitar Semula
Setiap Bulan : Hari Sabtu (Minggu Ke-2 dan Minggu Ke-4)
Masa : 8:00 pagi - 12:00 tengah hari
Lokasi : Stadium Sungai Besar / Stadium Sabak Bernam
Anjuran : Kerajaan Negeri Selangor Dengan Kerjasama Majlis Daerah Sabak Bernam