Usahawan : Pakaian Terpakai ( Bundle )

Nama     : Muhammad Hafizi Bin Muhammad Hanafi
Umur  : 28 Tahun
Ahli   : 2020

 

Latar belakang

Muhammad Hafizi berusia 28tahun merupakan seorang kakitangan awam dan mempunyai perniagaan sambilan. Perniagaan yang dilakukan oleh Encik Muhammad Hafizi adalah perniagaan pakaian terpakai.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penglibatan dengan Pusat Internet Kg Baru Nelayan, jualan perniagaan Encik Hafizi kurang mendapat sambutan dari pihak luar dan hanya dikenali oleh sahabat-sahabat sahaja. 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas penglibatan diri di Pusat Internet Kg Baru Nelayan, dengan menghadiri bengkel yang dianjurkan oleh Pusat Interent.Perniagaan pakaian terpakai En Hafizi dikenali oleh pihak luar dari kawasan Selangor. 

 2  photo 2020-12-19 10-46-43

 

 

Usahawan : Tudung Lolascarves.

Nama     : Nur Athirah Filzah Binti Atan
Umur  : 18 Tahun
Ahli   : 2019

 

Latar belakang

Athirah Filzah berusia 18tahun merupakan seorang lepasan pelajar sekolah menengah dan merupakan ahli Pusat Internet.Beliau menjalankan perniagan dropship tudung berjenama di media sosial.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penglibatan dengan Pusat Internet Kg Baru Nelayan,Athirah hanya duduk di rumah dan menghabiskan masa dengan media sosial.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas penglibatan diri di Pusat Internet Kg Baru Nelayan, dengan menghadiri pelbagai bengkel dan program yang dianjurkan oleh Pusat Internet Athirah tidak sahaja hanya melayari media sosial sahaja tetapi mencari peluang untuk memulakan perniagaan.

2

  3

Mempelajari Asas Komputer Dan Internet

Nama     : Muhd Fiqri Firdaus Bin Muhammad Azman
Umur  : 8 Tahun
Ahli   : 2019

 

 

Latar belakang

Muhd Fiqri Firdaus merupakan pelajaran sekolah rendah Seri Utama,Sungai Besar. Beliau berusia 8tahun dan menetap di Taman Seri Indah yang berhampiran dengan kawasan Pusat Internet Kampung Baru Nelayan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penggunaan ICT, Fiqri Firdaus suka mengisi lapangnya dengan hanya bermain telefon bimbit di rumah atau pun bermain dengan rakan sebayanya sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas mendaftar sebagai ahli Pusat Internet,Fiqri Firdaus kerap hadir untuk mengikut kelas yang dianjurkan oleh petugas Pusat Internet.Selain itu, Fiqri Firdaus sudah mahir mengunakan komputer untuk menaip, menghantar email dan membuat poster.Selain itu juga Fiqri Firdaus sudah mahir mengeja dan membaca dengan lancar.

1  2

 

Mempelajari Asas Komputer Dan Internet

Nama     : Muhammad Adam Miqael Bin Azren
Umur  : 11 Tahun
Ahli   : 2020

 

Latar belakang

Muhammad Adam Miqael merupakan pelajaran sekolah rendah Seri Utama, Sungai Besar. Beliau berusia 11 tahun dan menetap di Kampung Baru Nelayan bersama keluarganya  berhampiran dengan Pusat Internet Kampung Baru Nelayan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penggunaan ICT, Adam Miqael sering mengisi lapangnya dengan hanya bermain dengan kawan-kawannya di padang lapang atau pun menaiki basikal disekeliling kampungnya

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas mendaftar sebagai ahli Pusat Internet,Adam Miqael kerap hadir untuk mengikut kelas yang dianjurkan oleh petugas Pusat Internet.Selain itu, Adam Miqael sudah mahir menggunakan komputer untuk menaip dan membuat poster. Selain itu juga Adam Miqael sudah mahir asas computer dengan menyiapkan kerja sekolah di Pusat Internet.

1  IMG 20191117 150802

 

 

Usahawan : Produk Kesihatan

Nama     : Puan Noor Hazimah Binti Mohamed Kasim
Umur  : 30 Tahun
Ahli   : 2020

 

Latar belakang

Puan Hazimah merupakan suri rumah yang berusia 30 Tahun. Beliau mengusahakan prduk jualan minuman susu Goatgeos dan menjual barangan elektrik berjenama Singer.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penglibatan dengan Pusat Internet Kg Baru Nelayan, Puan Hazimah memasarkan produk jualannya di laman facebook. Pelanggan Puan Hazimah terdiri daripada kenalan facebook Puan Hazimah dan penduduk Sungai Besar.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas penglibatan diri di Pusat Internet Kg Baru Nelayan, Puan Hazimah sudah pandai menggunakan aplikasi di shopee dan mahir asas komputer. Produk beliau juga sudah dikenali sehingga ke luar negeri Selangor.

 3 4