Pelajari Asas Komputer Dan Internet

Nama     : Basiran Bin Sojo
Umur  : 63 Tahun
Ahli   : 2019

 

Latar belakang

En Basiran Bin Sojo berusia 63 tahun,merupakan ahli Pusat Internet yang berdaftar pada tahun 2019. Beliau juga merupakan seorang pesara polis yang menetap di Taman Seri Indah, Sungai Besar. Kediaman En Basiran dengan Pusat Internet Komuniti Kg Baru Nelayan hanya mengambil masa 3 minit sahaja untuk ke Pusat Internet Komuniti.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penggunaan ICT, En Basiran sering mengisi masa lapangnya dirumah ataupun bersama persatuan pesara serta sering mengayuh basikal sendirian di sekitar taman sahaja. Beliau hanya pandai menggunakan komputer tetapi tidak mempunyai ilmu pengetahuan yang mendalam seperti edit gambar secara online, pengiraan menggunakan microsoft excel dan lain-lain lagi.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas mendaftar sebagai ahli Pusat Internet, En Basiran akan hadir ke Pusat Internet untuk mengikuti kelas yang dianjurkan oleh petugas. Selain itu, beliau sering bertanya kepada petugas mengenai ketidakfahaman dalam sesuatu kerja yang melibatkan penggunaan komputer. Selepas penglibatan beliau dalam Pusat Internet Komuniti ini banyak dapat membantu diri beliau untuk aktif di dalam kumpulan pesara dan persatuan yang beliau menyertai dan dapat membuat kerja-kerja menggunakan komputer dengan mudah dan pantas.

  


 

 

Pelajari Asas Komputer Dan Internet 

Nama     : Anis Suraya Binti Mohd Farid Zahmi
Umur  : 10 Tahun
Ahli   : 2018

 

Latar belakang

Anis Suraya Binti Mohd Farid Zahmi berusia 10 tahun,merupakan ahli Pusat Internet yang berdaftar pada tahun 2018. Beliau jugak merupakan pelajar tahun 4 di sekolah rendah Seri Utama Sungai Besar. Anis Suraya menetap di Lorong 8 Kampung Baru Nelayan dan kawasan rumahnya tidak begitu jauh dengan kawasan Pusat Internet Kampung Baru Nelayan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penggunaan ICT, Anis Suraya sering mengisi masa lapangnya dirumah bersama adik-beradiknya sahaja.Beliau hanya membuat latihan dirumah serta tidak mahir menggunakan komputer.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas mendaftar sebagai ahli Pusat Internet, Anis Suraya kerap hadir Pusat Internet dan mengikuti kelas yang dianjurkan oleh petugas.Selain itu, selepas kerap kali menggunakan komputer kini Anis Suraya sudah mahir mengunakan komputer untuk menaip,mencari maklumat pembelajaran serta penggunan untuk membuat poster. Beliau sering meminta petugas untuk membuat latihan tambahan untuknya di Pusat Internet. 

2  IMG20190126145801

 


 

Usahawan : Menjual tutorial dan service dropshipping shoppe

Nama     : Nur Amira Binti Mohd Taman
Umur  : 28 Tahun
Ahli   : 2018

 

Latar belakang

Amira merupakan seorang belia yang menetap di Sungai Besar. Beliau menjalankan dropshipper untuk tutorial shoppe. Beliau mendapat ilham untuk membuat dropshipper shoppe selepas melihat ramai yang mencari tutorial cara membuat dropshipping semenjak perintah kawalan pergerakan mula dijalankan

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penglibatan dengan Pusat Internet Kg Baru Nelayan, Amira menjalankan bisnesnya dengan berkongsi perniagaannya di group whatsapp kenalannya sahaja

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas penglibatan diri di Pusat Internet Kg Baru Nelayan, Amira dapat berkenalan dengan ramai pengunjung yang dating di Pusat Internet untuk meluaskan lagi perniagaannya. Amira juga sudah mempunyai akaun shoppe untuk memudahkan perniagaannya dikenali secara atas talian.

5 6 

 

Usahawan : Produk Kesihatan dan Kecantikkan wanita

Nama     : Zailiyana Binti Mohammad Yusoff
Umur  : 37 Tahun
Ahli   : 2018

 

Latar belakang

Zailiyana merupakan seorang suri rumah sepenuh masa yang menetap di Kampung Baru Nelayan. Beliau menjalankan dropshipper barangan kecantikan wanita dan juga minyak wangi yang pelbagai jenama.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penglibatan dengan Pusat Internet Kg Baru Nelayan, Zailiyana menjalankan bisnesnya dengan berkongsi perniagaannya di group whatsapp kenalannya sahaja

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas penglibatan diri di Pusat Internet Kg Baru Nelayan, Zailiyana dapat berkenalan dengan ramai pengunjung yang datang di Pusat Internet untuk meluaskan lagi perniagaannya. Zailiyana juga sudah mempunyai akaun facebook untuk memudahkan perniagaannya dikenali secara atas talian

1 3

Pelajari Asas Komputer Dan Internet

Nama     : Khalif Zafran Bin Faizzul Izzuan
Umur  : 12 Tahun
Ahli   : 2018

 

Latar belakang

Khalif Zafran Bin Faizul Izzuan berusia 12 tahun,merupakan ahli pusat internet yang berdaftar pada tahun 2018. Beliau jugak merupakan pelajar sekolah rendah Seri Makmur Sungai Besar dan menetap di Taman Seri Indah yang berhampiran dengan kawasan Pusat Internet Kampung Baru Nelayan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penggunaan ICT, Khalif Zafran sering mengisi masa lapangnya bersama adiknya dirumah sahaja selain itu juga, beliau sering membuat latihan sekolahnya dirumah juga.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas mendaftar sebagai ahli Pusat Internet,Khalif Zafran kerap hadir untuk mengikut kelas yang dianjurkan oleh petugas Pusat Internet.Selain itu, Zafran sudah mahir mengunakan komputer untuk menaip, menghantar email dan membuat poster.Beliau sering meminta petugas untuk membuat latihan tambahan untuknya di Pusat Internet. 

10  9