Usahawan : Pakaian

Nama     : Puan Norhasliza Binti Rozhali 
Umur  : 32 Tahun
Ahli   : 2020

 

Latar belakang

Puan Hasliza berusia 32 Tahun dan merupakan pemilik kedai Rmj Kidszone yang menjual perlbagai jenis pakaian kanak-kanak yang cantik dan comel.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penglibatan dengan Pusat Internet Kg Baru Nelayan, Puan Hasliza memasarkan produk jualannya di laman facebook. Pelanggan Puan Hasliza terdiri daripada kenalan facebook Puan Hasliza dan penduduk Sungai Besar.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas penglibatan diri di Pusat Internet Kg Baru Nelayan, Puan Hasliza sudah pandai menggunakan aplikasi di shopee dan mahir asas komputer. Produk beliau juga sudah dikenali sehingga ke luar negeri Selangor.

5  6

 

 

 

Mempelajari Asas Komputer Dan Internet.

Nama     : Nur Atiqah Najwa Binti Muhd Omar
Umur  : 13 Tahun
Ahli   : 2018

 

Latar belakang

Nur Atiqah merupakan seorang pelajar sekolah menengah yang tinggal di Kg Baru Nelayan bersama keluarganya

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penggunaan ICT, Atiqah sama seperti kanak-kanak yang sebaya dengannya, yang suka berkeliaran bersama dengan rakan sekolahnya di kawasan Kg Baru Nelayan ini. 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas beberapa bulan mengikuti latihan-latihan yang Pusat Internet anjurkan, Atiqah sering meluangkan masanya di Pusat Internet untuk menyiapkan kerja sekolah dan melayari internet. Beliau juga sudah pandai menggunakan peralatan komputer apabila membuat kuiz online.

 

Usahawan : Mini Stokis Bridnest Beyna Legacy

Nama     : Puan Jaekiah Bint Radzi
Umur  : 33 Tahun
Ahli   : 2020

 

Latar Belakang

Puan Jaekiah di kenali dengan panggilan kak jue seorang ibu kepada 3 orang anak, menetap di Lorong10,Kampung Baru Nelayan. Beliau menjalankan perniagaan menjual produk kecantikan iaitu Bridnest Beyna Serum selain itu juga beliau menjalankan perniagaan baju preloved ( Baju Kanak- Kanak)

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

 

Sebelum penglibatan dengan Pusat Internet Kg Baru Nelayan, Puan Jaekiah adalah suri rumah sepenuh masa.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas penglibatan diri di Pusat Internet Kg Baru Nelayan, dengan menghadiri program dan bengkel,Puan Jaekiah berani mempromosikan perniagaanya kepada komuniti dan media sosial.Selain itu, perniagaan Puan Jaekiah mendapat sambutan dikalangan kominiti.

3 2 

 

 

Usahawan : Bakeri

Nama     : Puan Siti Suzianna 
Umur  : 34 Tahun
Ahli   : 2019

 

Latar belakang

 

Puan Suzianna berusia 34 Tahun yang merupakan seorang suri rumah sepenuh masa yang menjalankan perniagaan bakeri dirumah. Beliau mengambil tempahan dari pelanggan melalui pesanan facebook dan whatssap.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penglibatan dengan Pusat Internet Kg Baru Nelayan, produk jualan Puan Suzianna Hassan tidak dikenali ramai dan hanya membuat bakeri seperti kek , cheese tart dan karipap frozen ini hanya untuk keluarga dan rakan kenalan terdekat sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas penglibatan diri di Pusat Internet Kg Baru Nelayan, dengan menghadiri bengkel Puan Suzianna giat mempromosikan produk jualan bakeri nya didalam media sosial dan produk bakerinya kini dikenali ramai dikalangan komuniti Pusat Internet.

2   photo 2019-06-29 10-04-07

 

 

Mempelajari Asas Komputer dan Internet

Nama     : Puan Norlinda Binti Zainuddin
Umur  : 44 Tahun
Ahli   : 2019

 

Latar belakang

Puan Linda merupakan seorang suri rumah yang mempunyai 3 orang anak. Beliau menetap di Kg Sg Lias dan berumur 44 tahun.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penggunaan ICT, Puan Linda merupakan seorang suri rumah yang bekerja sambilan sebagai pembantu Dj radio Klasik. Beliau mempunyai asas komputer seperti menaip dan mencari maklumat.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas beberapa bulan mengikuti latihan-latihan yang Pusat Internet anjurkan, Puan Linda sudah pandai membuat poster untuk mengiklankan perkhidmatan Dj di media social. Beliau juga sudah mahir dalam membuat dokumen seperti surat di Microsoft word dan membuat belanjawan kira-kira di Microsoft excel.

 3 20191216 151623