Usahawan : Perniagaan Makanan.

Nama     : Puan Dhiya Najiha Bint Mohd Sahid
Umur  : 27 Tahun
Ahli   : 2020

 

Latar belakang

Puan Dhiya berusia 27 Tahun yang merupakan seorang pekerja di syarikat perniagaan dan berjawatan marketing. Selepas berhenti kerja Puan Dhiya membuat perniagaan dengan menjual makanan seperti keropok lekor sira, vietnames roll dan popia cheese di laluan tepi stadium.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penglibatan dengan Pusat Internet Kg Baru Nelayan, produk jualan Puan Dhiya tidak dikenali ramai dan hanya dikenali oleh kenalan rapat sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas penglibatan diri di Pusat Internet Kg Baru Nelayan, produk jualan Puan Dhiya dikenali ramai di kalangan komuniti Pusat Internet. Selain itu, produk jualan beliau dapat sambutan orang ramai dan boleh membuka kedai jualan di tepi laluan stadium.

 9 1

 

 

Usahawan : DJ Radio Dan DJ Program

Nama  : En Rosli Bin Abdullah
Umur  : 52 Tahun
Ahli   : 2019 

 

Latar Belakang 

Encik Rosli merupakan ahli Pusat Internet Kg Baru Nelayan yang bekerja sebagai perkhidmatan awam di Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah Sabak Bernam. Beliau mempunyai minat sebagai DJ Radio dan akhirnya memilih minat itu untuk menjadi pendapatan sampingan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penglibatan dengan Pusat Internet Kg Baru Nelayan, beliau membuat siaran radio di facebook secara live dan menjadi DJ Radio ketika majlis kenduri. Walaupun beliau mahir menggunakan facebook, beliau lemah dalam asas penggunaan komputer.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas penglibatan diri di Pusat Internet Kg Baru Nelayan, Beliau sudah mahir menggunakan aplikasi asas komputer terutamanya Microsoft word. Beliau juga sudah mahir dalam membuat live di Youtube untuk menambahkan follower dan subscriber

 2  2


 

Usahawan : Perniagaan katering dan sewa kanopi 

Nama  : Pn Nor Hasmah Binti Zainal Abidin
Umur  : 36 Tahun
Ahli   : 2019 

 

Latar Belakang 

Pn Hasmah merupakan usahawan yang mengusahakan perniagaan makanan katering. Beliau juga berniaga air batu campur di hadapan rumah beliau.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penglibatan dengan Pusat Internet Kampung Baru Nelayan, beliau hanya berniaga di gerai beliau dan mendapat tempahan makanan daripada jiran-jiran dan kenalan rapat sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas penglibatan diri di Pusat Internet Kg Baru Nelayan, Puan Hasmah sudah pandai menggunakan aplikasi di komputer. Beliau juga mahir memasarkan produk makanan katering yang diusahakannya di laman social facebook. Beliau juga terlibat dalam program Lestari ICT dan Cakna Kesihatan Pusat Internet Kampung Baru Nelayan dalam menyediakan makanan tetamu jemputan dan pengunjung yang hadir. 

 

kak-as-1  kak-as

 

Mempelajari Asas Komputer dan internet

Nama  : Siti Nur Ashikin Binti Mohamad
Umur  : 17 Tahun
Ahli   : 2019 

 

Latar belakang

Nur Ashikin merupakan lepasan sekolah menengah yang sedang menunggu keputusan peperiksaan SPM. Beliau ingin melanjutkan pelajarannya dalam bidang perniagaan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penggunaan ICT, Nur Ashikin merupakan pelajar sekolah biasa yang suka mengisi masa lapangnya dengan keluar bersama rakan-rakan dan membantu ibunya mengemas di rumah.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas beberapa bulan mengikuti latihan-latihan yang Pusat Internet anjurkan, Ashikin sudah mahir membuat dokumen menggunakan aplikasi Microsoft Office. Selain itu, Ashikin juga telah mendaftarkan diri didalam portal Suruhanjaya Perkhidmatan Awam untuk sebagai persediaan permohonan kerja dalam sektor kerajaan. Ashikin juga telah pelajari cara-cara membuat resume dan beberapa aktiviti lain yang dianjurkan Pusat Internet Kg Baru Nelayan.

 

syikin-1  syikin

 

Mempelajari cara penggunaan Media Sosial dan multimedia

Nama      : Isma Hani Binti Ismail
Umur : 12 Tahun
Ahli : 2018

Latar Belakang

Isma Hani merupakan Ahli Pusat Internet yang berusia 12tahun, dan merupakan pelajar sekolah kebangsaan Seri Utama Sungai Besar. Beliua merupakan anak jadi Kg Baru Nelayan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penggunaan ICT, Isma Hani menghabiskan masa cuti dengan hanya duduk dirumah dengan menonton televisyen sahaja dan keluar bermain dengan kawan-kawan pada waktu petang.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas beberapa bulan mengikuti latihan-latihan yang Pusat Internet anjurkan, Isma Hani sering berkunjung ke Pusat Internet untuk mengakses internet dan menghadiri kelas yang dianjuran oleh Pusat Internet. Selain itu , Isma Hani juga sudah pandai untuk mengakses laman web sekolah, kuiz- kuiz sedia ada, serta sudah mahir membuat akaun laman social selepas mengikuti kelas. Selain itu juga, Isma Hani sangat meminati kelas multimedia yang dianjurkan oleh Pusat Internet, beliau gemar untuk mengedit gambar.

IMG 20190602 145944  IMG 20190505 145901