Usahawan Kecil : Kerongsang dan cincin tudung dari barangan manik

Nama      : Pn Faeizah Binti Hussin
Umur : 37 Tahun
Ahli : 2018

Latar Belakang 

Pn Faeizah Hussin berusia 37 Tahun, berasal dari Taman Bunga Raya, Sungai Besar yang tidak jauhnya hanya 1.5 km dari Pusat Internet Kampung Baru Nelayan. Berusia bekerja di sebuah kedai makan. Kerja sambilan beliau sahaja selama 2 tahun beliau membuat kerongsang dan cincin dengan mengunakan manik untuk menambahkan pendapatan.

Sebelum Penggunaan ICT / Penglibatan ICT

Sebelum penglibatan diri ke Pusat Internet serta melibatkan diri dalam kelas ICT , Pn Faeizah Hussin hanya menyimpan koleksi pembuatan kerongsang dan cincin manik untuk koleksi diri sendiri , mahupun jual dengan kawan - kawan terdekat sahaja.

Selepas Penggunaan ICT / Penglibatan ICT

Selepas menghadiri serta melibatkan diri dalam Pusat Internet serta mengikut kelas-kelas ICT, Pn Faeizah Hussin sudah dikenali oleh orang lain dengan selepas memasarkan produk jualan beliau di Pusat Internet. Selain itu , beliau juga mahir memuatnaik gambar produk sendiri tanpa bantuan petugas. Pendapatan beliau juga kini bertambah dengan jualan produk beliau.Selain itu, beliau juga mahir menggunakan perkhidmatan yang disediakan di Pusat Internet

  2    IMG 20190930 113152


 

Usahawan Kecil : Ikan Kering Tempatan

Nama      : Siti Aishah Binti Abdullah
Umur : 24 Tahun
Ahli : 2018

 

 Latar Belakang

Siti Aishah Abdullah merupakan anak jati Kampung Baru Nelayan , berusia 24 tahun. Menguruskan produk jualan keluarga seperti ikan masin , ikan kering dan isi ikan.

Sebelum penggunaan ICT / penglibatan PI

Sebelum adanya Pusat Internet, Cik Aishah Sekeluarga hanya mengambil tempahan dari orang kampung dan orang yang mengenali keluarganya sahaja.selain itu , mengambil tempahan melalui aplikasi whatAssp.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas menjadi Ahli Pusat Internet , Cik Aishah mempelajari pelbagai aktiviti dan latihan seperti cara edit gambar dan membuat poster. Selain itu , juga Cik Aishah mempelajari cara membuat akaun facebook untuk mempromosikan jualan produk hasil dari laut untuk membantu untuk menaikan lagi produk keluarga.

 1       2

                     


 

 

Mempelajari Asas Komputer , Internet dan Menaip

Nama      : Muhamad Firas Bin Azilah
Umur : 11 Tahun
Ahli : 2018

 

Latar Belakang

Firas merupakan pelajar berumur 11 tahun yang bersekolah di Sekolah Rendah Seri Utama. Beliau mengisi masa lapangnya di hari minggu dengan mengikuti latihan-latihan ICT yang Pusat Internet Kg Baru Nelayan anjurkan.

Sebelum penggunaan ICT / penglibatan PI

Sebelum penggunaan ICT, Firas hanya mengetahui membuka YouTube.com untuk melihat video menarik dan mendengar lagu dengan bantuan petugas Pusat Internet.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas beberapa bulan mengikuti latihan-latihan yang Pusat Internet anjurkan, beliau sudah mahir menggunakan keyboard dan mouse untuk menaip dan mencari maklumat di internet. Beliau juga rajin mengikuti kelas E-Pembelajaran dan sudah mahir menggunakannya seperti Kahoot, My Internet Awesome Speedtype dan lain-lain.

 

1    IMG 20190105 144900


 

 
 

Usahawan Kecil : Membuat dan Menjual Roti dan Kek

Nama      :  Pn Raziyatul Aida Binti Ibrahim
Umur : 37 Tahun
Ahli : 2018

 

Latar Belakang

Pn. Raziyatul Aida merupakan seorang suri rumah yang mempunyai 3 orang anak yang masih bersekolah. Pn Raziatul Aida seorang yang sangat meminati bidang bakeri dan membuat roti.Jika ada masa lapang beliau akan mengikuti kelas kemahiran bakeri dan membuat roti.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI  

Sebelum penggunaan ICT dan penglibatan PI , Puan Raziayatul Aida meletakkan jualan niaganya di kedai – kedai berhampiran dan hanya mendapat tempahan dengan orang – orang berdekatan atau yang hanya mengenali beliau sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas penggunaan ICT / Penglibatan PI , Puan Raziyatul Aida sudah mahir mempromosikan jualan serta tempahan roti dan kek di group WhatApps dan Facebook.Selain itu, Beliau juga meletakkan jualan kek dan roti di MyShop Dashboard supaya dikenali ramai dan mendapat tempahan yang banyak.

 

 3     4


 

USAHAWAN KECIL - KECILAN

Nama   : Intan Natasha Binti Yusrahaime
Umur : 11 tahun
Ahli : 2018

 

Latar belakang

Intan Natasha Yusrahaime peniaga kecil-kecilan 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI  

Adik Intan Natasha merupakan pelajar Sekolah Kebangsaan Seri Makmur dan beliau sangat meminati dengan berniaga. Oleh kerana ingin mengikuti jejak kedua ibu bapanya yang berniaga di Pasar Tani.Oleh itu, Adik Intan Natasha berniaga dihadapan rumah dengan menjual makanan bergoreng dan minumam.Kebiasaanya,pada waktu lapang beliau akan datang ke Pusat Internet untuk melayari internet untuk mencari maklumat. 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Adik Intan Natasha selalu menghadiri kelas dan latihan di Pusat Internet Kampung Baru Nelayan.Beliau mempelajari cara memasarkan perniagaan beliau. Petugas mengajar beliau membuat email , dan akaun facebook serta mempelajari teknik pemasaran dalam talian. Dengan teknik pemasaran yang berjaya, beliau menerima banyak pelanggan yang berkunjungi ke gerai Adik Intan Natasha.

 

7  8